Saksikan gambar2 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semasa pembukaan Sidang Parlimen pada 12/03/2012 yang lalu :
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 16 Mac 2012
Nama hilang dalam daftar pemilih,pengundi buat laporan Polis
KUALA LUMPUR 16 Mac: Seorang pengundi membuat laporan polis berhubung
‘kehilangan’ namanya dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) Malaysia walaupun beliau merupakan pengundi berdaftar.
Pengundi itu, Ho Heng Thong (gambar) membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Mac lalu ekoran isu itu.
“Setelah beberapa kali membuat semakan melalui telefon dan internet,
saya dapati nama saya sudah tiada, padahal sebelum ini saya pernah
mengundi beberapa penggal.
“Saya merasa pelik kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan SPR dan
tujuan saya membuat laporan ini agar SPR membuat tindakan lanjut,”
katanya dalam laporan itu.
Sementara itu, dalam kunjungannya ke pejabat KeadilanDaily hari ini,
beliau meminta agar KeadilanDaily mendedahkan penyelewengan itu bagi
memastikan haknya selaku pengundi yang sah dipertahankan.
“Selepas didedahkan kelak, saya mahu tahu adakah individu lain turut
teraniaya seperti dalam kes ini dan mengapa nama saya tiada dalam daftar
SPR sedangkan pernah mengundi hampir setiap kali pilihan raya umum
termasuk 2008,” katanya yang ditemani bekas Ketua Penerangan Pemuda
Gerakan Selangor yang kini anggota KEADILAN, Delren Douglas.
Ho Heng mendakwa, pada PRU 2008, beliau merupakan pengundi bagi
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanjan dan Parlimen Subang dengan
kedua-dua kerusi itu dimenangi KEADILAN melalui Elizabeth Wong dan R.
Sivarasa.
Khalib Ibrahim tidak boleh jadi MB Selangor selepas PRU 13 ???
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tan Sri Khalib Ibrahim tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kawasan pilihan raya beliau dari Selangor.
Berikutan perubahan sempadan kawasan pilihan raya, Khalid yang mengundi di Petaling Jaya Selatan, Selangor sebelum ini bakal mengundi di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menurut peraturan pilihan raya, hanya mereka yang berdaftar di di negeri berkenaan boleh menjadi calon Dewan Undangan Negeri di negeri itu.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.
Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.
Namun, dengan fakta yang ada, kelihatan sabotaj dalaman yang dimaksudkan Razlan adalah "untuk menghalang Khalid menjadi MB Selangor."
Dengan pengakuan SPR bahawa Khalid berubah kawasan ke Lembah Pantai akibat pembetulan sempadan pilihanraya, jelas yang mensabotaj Khalid adalah melalui SPR sendiri.
SPR sebelum ini menjelaskan bahawa Khalid kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.
Bekas pegawai kanan Polis sedia beri keterangan terhadap Gani Patail Dan Musa Hasan
KUALA LUMPUR 16 Mac: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain
Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan terhadap
dakwaan salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan( gambar ).
Beliau menyatakan kesediaan itu dalam surat terbukanya. kepada Ketua
Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, lapor
Malaysiakini.
Menurutnya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal
tersebut, sambil menambah bahawa Najib boleh dikaitkan dengan salahlaku
jenayah, jika terus menyembunyikan bukti salah laku jenayah orang lain.Bukti yang dirujuk Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes Fitnah 1998 dan Gani
mengetuai pendakwaan. Mat Zain pula merupakan pegawai penyiasat insiden
mata lebam itu.Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, adalah
bekas pegawai kanan polis kedua yang menggesa ditubuhkan tribunal untuk
menyiasat Gani dan Musa.Keadilandaily
Panas !!! Rafidah Aziz Hentam Shahrizat Jalil
'Berundur? Apa berundur?' demikian kata bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, menyusuli pengumuman Ketua Wanita parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ahad lalu, berikutan tercetusnya skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN).
'Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April ini...
'Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa,' kata Tan Sri Rafidah, yang dipetik oleh akhbar Malay Mail, kelmarin.
Malah, mantan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia itu berkata pengumuman Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan kabinetnya itu pada 8 April ini langsung tidak membawa sebarang makna.
Malah, beliau berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat mahu terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan terus menimbulkan masalah kepada parti itu, menjelang satu pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam beberapa bulan lagi.
Isnin lalu, beberapa pemimpin BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memuji langkah Datuk Seri Shahrizat itu dan menyifatkannya sebagai satu 'pengorbanan besar'.
'Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April ini...
'Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa,' kata Tan Sri Rafidah, yang dipetik oleh akhbar Malay Mail, kelmarin.
Malah, mantan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia itu berkata pengumuman Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan kabinetnya itu pada 8 April ini langsung tidak membawa sebarang makna.
Malah, beliau berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat mahu terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan terus menimbulkan masalah kepada parti itu, menjelang satu pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam beberapa bulan lagi.
Isnin lalu, beberapa pemimpin BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memuji langkah Datuk Seri Shahrizat itu dan menyifatkannya sebagai satu 'pengorbanan besar'.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009