KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:
12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai
bersenjatayang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad
Datu.
14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis
mengenal pastikumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai
Lahad Datu, Sabahsebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan
Filipina.
14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
kerajaanMalaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui
perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka
keluar dari kawasanberkenaan.
16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun
Husseinmengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau
pengganas sebaliknyapenyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan
situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.
18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina
sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia
akan dilakukansecara diplomasi tanpa pertumpahan darah.
24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi
kemanusiaanuntuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30
pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak
12 Feb
lepas.
26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankanterhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus
denganSultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik
perebutan kawasan diLahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga
minggu.
1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin
Daudterkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam
pertempuranantara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung
Tanduo.