Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 Oktober 2011

Anwar sambut baik tawaran anjuran debat dengan Najib

KUALA LUMPUR 19 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan debat terbuka antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Anwar, ia perlu disegerakan sebelum perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, berakhir bagi penggal ini.
“Saya menyambut baik, mana-mana badan NGO yang ingin menganjurkan perdebatan tersebut. Saya harap disegerakan sebelum tamat perbahasan Belanjawan ini,” kata Anwar pada sidang media di Parlimen.
Hari ini, sebuah Akademi Penulisan yang dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara kedua tokoh itu membincangkan soal ekonomi dan Belanjawan 2012.
Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu juga membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Minggu lalu, Anwar mencabar Perdana Menteri yang juga menteri kewangan supaya berdebat secara terbuka berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentangkan, 7 Oktober lalu.
Belanjawan berjumlah RM232 bilion itu menerima kritikan hebat, berikutan pendapatan negara pada masa ini tidak dapat menampung hutang kerajaan yang mencecah RM437 bilion.
Pakatan Rakyat juga percaya berdasarkan realiti ekonomi, sasaran pertumbuhan 5 peratus hingga 6 peratus yang disasar Najib juga sukar untuk dicapai.

Adun BN tarik balik tuduhan berunsur fitnah

KOTA BHARU, 19 Okt: Mungkin kerana tiada isu yang mahu digempak terhadap kerajaan negeri, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) petang tadi melemparkan fitnah terhadap Muhammad Mustapha (PAS-Demit).

Adun BN itu secara terang-terangan memfitnah Adun PAS terbabit kononnya pernah menyokong Umno sebelum menyertai PAS.

Bagaimana pun tuduhan tidak berasas itu ditarik balik selepas Muhammad yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan fitnah Adun Paloh bersumpah bagi menolak segala dakwaan terbabit.

“Saya tidak pernah bersekongkol dengan Umno, apa lagi untuk menjadi penyokong atau ahli Umno, malah tidak pernah berniat untuk menyertai parti tersebut.

“Untuk itu saya memohon Yang Berhormat Paloh menarik balik kenyataan berupa fitnah itu kerana ianya bertujuan untuk memburukkan imej saya,” ujarnya.

Nozula pada mulanya enggan berbuat demikian kerana katanya Adun Demit pernah mengutuk Umno ketika berucap membahas Belanjawan 2012.

Adun Demit enggan menarik balik kenyataannya kerana Umno disifatkan memang sebuah parti yang zalim terhadap rakyat.

Bagaimanapun Nozula akhirnya menarik balik tuduhannya terhadap Muhammad setelah Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim meminta Adun BN itu berbuat demikian.

Menurut Zaki kenyataan Nozula menyentuh peribadi seseorang, berbanding tuduhan Umno zalim yang hanya secara umum.

Sementara itu, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning) berpantun ketika mengambil bahagian membahas bajet petang semalam.

Pantunnya berbunyi; "Menangkap ikan dengan jala,Jala dibeli di negeri China, Kalau rasuah bermaharajalela, Orang mewah hidup kaya raya, Orang miskin papa kedana."

Sebelum itu beliau mendedahkan laporan seorang menteri didakwa terbabit dengan amalan rasuah membabitkan projek lembu secara fidlot antara kerajaan Negeri Sembilan dan kementerian di Gemas.

Katanya berdasar laporan projek pengeluaran lembu secara besar-besaran itu bagi membekal daging untuk keperluan tempatan dan eksport.Hrkh

Mahathir Lah Sebenarnya Yang Memalukan Dan Menghina Raja


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan.

Dalam dunia yang terbuka ini semua perkara harus dihujahkan dengan matang. Ini bukan zaman rakyat khususnya anak muda menerima apa sahaja yag disuap dari pihak atasan. Zaman ini setiap hujah itu pasti akan dibahas dan dikritik jika perlu.

Begitu jugalah institusi monarki bukan sahaja di negara ini tetapi terdapat di seluruh dunia. Institusi monarki ini harus segera menyesuaikan diri termasuklah berevolusi sesuai dengan peredaran zaman. Mahu atau tidak ia sesuatu yang wajib demi kelansungan untuk institusi beraja.
SAMM merafak sembah menghormati titah kerabat monarki di Negeri Sembilan, Tunku Zain Al 'Abidin Tuanku Muhriz yang menitahkan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar. Menunjukkan dengan jelas betapa dalam dunia terbuka ini institusi monarki harus bersedia untuk titah mereka diperdebatkan dan dikritik masyarakat.

Dalam memperkatakan perkara ini, mana - mana pihak pun pasti akan merujuk peristiwa krisis antara istana dan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir. Namun bagi SAMM kami dengan jelas menyokong tindakan Dr Mahathir meminda perlembagaan negara membawa institusi monarki dalam realiti masyarakat kini.

Namun apa yang kami tidak setuju ialah cara bagaimana Dr Mahathir memalukan dan menghina institusi monarki dengan memberikan persepsi hina kepada institusi monarki demi meraih sokongan rakyat terhadap usaha pindaan perlembagaannya.

Merujuk peristiwa kedua pula di mana Menteri Besar pilihan Barisan Nasional, Idris Jusoh telah ditolak dari mengangkat sumpah di Terengganu. SAMM berpendapat sememangnya institusi monarki punya kuasa atau peranan dalam memperkenan siapa mahu menjadi ketua negara atau ketua negeri dalam pentadbiran politik tetapi institusi monarki juga harus berdepan dengan rakyat iaitu menjelaskan sebarang tindakan mereka dalam hujah yang boleh diterima. Pada ketika itu, istana harus tampil memberi penjelasan kepada rakyat Terengganu mengenai tindakan mereka.

Respon rakyat pada ketika itu yang dipengaruhi oleh parti politik juga ada yang tidak kena. Umno (pro Idris Jusoh) telah bertindak melulu sehingga menghina sultan dengan panggilan 'natang' (dialek Terengganu yang bermaksud binatang). Pihak yang bersetuju dengan keputusan menyingkirkan Idris pula telah menyokong Sultan secara melulu, ini tidak progresif. Seharusnya pihak ini merafak sembah meminta Istana tampil memberikan penjelasan kenapa tindakan itu diambil dan ini lebih progresif.

Pihak berkuasa juga dalam perkara ini menjadi kuda tunggangan regim. Sekiranya menghina monarki itu berpihak regim maka mata pihak berkuasa sengaja dibutakan, tetapi jika timbul saranan walaupun saranan itu ke arah memperkasa monarki diutarakan oleh pihak bukan dari regim, maka tindakan 'segera' diambil.

che'GuBard sendiri pernah berdepan situasi ini hanya apabila mencadangkan betapa penting peranan institusi monarki dalam menjaga kepentingan agama malah dalam perkara mutakhir ini sering pula dipertikaikan maka che'GuBard pernah mencadangkan agar sultan atau bakal sultan wajib sekurang - kurangnya memiliki diploma syariah islam atau berkaitan bagi membantu baginda membuat keputusan tepat bukan sekadar dipengaruhi 'nasihat' yang mungkin mewakili kepentingan tertentu.

Malangnya selepas posting yang ditulis sempena keputeraan DYMM YDP Agong ini dibuat, Ketua Pemuda Umno Rembau telah mengarahkan pemudanya membuat laporan polis terhadap artikel ini kononnya menghina monarki dengan tidak pandai hal ehwal Islam. Atas laporan dangkal itu maka berkejarlah polis menahan saya. Saya ditahan dalam serbuan polis ketika sedang mempengerusikan mesyuarat AJK cabang Rembau. Begitulah berterusan, ini membukti betapa hipokrit regim Umno. Mereka memperlaku institusi istana seumpama pelacur,a pabila suka dicari untuk berlindung tetapi apabila tidak suka diterajang hina.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....