KUALA LUMPUR : Mantan Timbalan Perdana (TPM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada 2 September 1998 mendakwa pemecatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) ketika itu, Datuk Seri Dr. (kini Tun) Mahathir Mohamad dilakukan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada Seri Paduka Baginda (SBP) Yang Di Pertuan Agong (YDPA) ketika itu Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (kini almarhum).
“Tatkala saya dirawat di Munich, Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Najihah berkenan menziarahi saya.
Ketika itu, Almarhum memaklumkan saya dengan disaksikan oleh Tuanku Najihah (Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin) dan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar) bahawa Baginda tidak dimaklumkan mengenai pemecatan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan hanya memberi perkenan pada minggu berikutnya,” kata Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh itu.
Menurut Anwar, Hakim yang memutuskan kes itu semalam sekadar membaca berjela-jela isu yang tiada kaitan berhubung kuasa PM melantik dan menyingkir menteri.
“Hakim membaca berjela isu yang tidak berkaitan mengenai kuasa Perdana Menteri melantik dan menyingkir menteri; Raja Berperlembagaan bertindak “atas nasihat”.
Perkara tersebut tidak pun dipertikai.