Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Rabu, 6 Julai 2011
Himpunan Bersih 2.0 : Najib Mula Berdolak Dalih !!!
Pakatan Rakyat tetap sokong Bersih walaupun Menteri kata haram
Setelah dengar nasihat Agong masih ada gerombolan KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang cuba sabotaj persefahaman yang tercapai.
Pengurusan Stadium Merdeka Tolak Tempahan Bersih 2.0 !!!
“Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'.
“(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu. Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.Malaysiakini
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Aku dah agak dahhh !!!!! Ini tentunya akibat tekanan pihak2 tertentu.Woi !!!! takut ke,dulu janji nak beri skang tak beri pulak,dah dasar Umno lidah bercabang.
Sat lagi adalah tu kuar kenyataan " bukan kita tak bagi tapi pihak pengurusan Stadium yang tolak ".Kharkkk ptuiiiihhhh.
Susah susah buat je kat Stadium Shah Alam....
Lembah Klang Sesak Teruk,Polis Adakan Sekatan Jalan Sempena Bersih 2.0
Walaupun penganjur perhimpunan Bersih bersetuju mengadakan perhimpunan aman itu di stadium, polis hari ini melancarkan sekatan jalanraya di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya yang mengakibatkan kesesakan jalanraya yang teruk.
Ribuan warga kerja lewat ke pejabat akibat sekatan jalanraya yang dilihat sebagai cubaan berterusan melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu ini.
Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.
Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.
Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, langkah itu perlu memandangkan pihak polis telah merampas pelbagai senjata termasuk Molotov koktail dan parang sepanjang 48 jam lalu di Gombak dan Kuala Lumpur, yang didakwa akan digunakan ketika perhimpunan Sabtu ini.
“Tindakan kami adalah langkah mencegah. Kami ada tugas untuk melindungi rakyat dan ketenteraman dan keselamatan awam dikekalkan sepanjang masa,” kata beliau lagi.
“Kami berharap rakyat akan membantu kami. Ia hanya tanggungjawab kami untuk lakukan,” kata beliau.
Tun Hisan berkata pihaknya tidak akan menghentikan siasatan mereka ekoran rampasan senjata sejak beberapa hari lalu meskipun penganjur Himpunan Bersih 2.0 telah mengumumkan untuk membatalkan perhimpunan jalanan mereka.
Bersih 2.0 mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.
Bersih 2.0 : Surat Dari Tok Guru Nik Aziz Kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M
Sumber : Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat