KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini
saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak
lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Datuk Nik Aziz Nik Mat.
(Gambar...Roketkini @roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?")
Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar
Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP
yang ada sekarang.
"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.
"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.
Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di BulanSaya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.
Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.
Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.