Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 23 September 2010

KU LI DAN TENGKU AMALIN BUKAN LAGI AHLI MAJLIS PERAJAAN NEGERI KELANTAN ?



Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah, nenda saudara kepada Tuanku Muhammad Faris Petra yang dipanggil manja oleh Baginda dengan nama Tok Ku Li, adalah seorang kerabat yang cukup dihormati dan yang pandangannya sering dirujuk oleh Tuanku selama ini.

Pada bulan Ramadhan yang lalu Tuanku telah berbuka puasa bersama-sama Tok Ku Li Baginda di Kuala Lumpur. Pada malam menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri yang lalu pula, Baginda telah berangkat ke Palm Manor untuk beramah mesra dengan Tok Ku Li Baginda.

Kata orang, tidak sepatutnya seorang Pemangku Raja merendahkan diri begitu tetapi, selaku seorang yang berhemah tinggi, Tuanku percaya bahawa tidak akan hilang bisa ular yang menyusur akar, begitulah tingginya penghormatan Tuanku kepada Tok Ku Li Baginda.

Apa pun, ternyata Tok Ku Li Baginda, bersama-sama seorang adinda Baginda, iaitu Tengku Amalin A'ishah Putri, telah gagal untuk menghadirkan diri di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang penuh bersejarah pada 13 September 2010 itu.

Ketidakhadiran Tok Ku Li dan Tengku Amalin ini tidaklah pula menjejaskan keputusan mesyuarat untuk melantik Tuanku selaku Sultan Kelantan yang baru kerana apa yang diperlukan hanyalah persetujuan dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi.

Isteri jutawan India dedah perbualan telefon suspek kes Sosilawati

KLANG, 23 Sept – S. Usharani, 27, isteri kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, 35, hari ini mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan seorang peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Usharani memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam di Kapar di sini.
Rakaman melalui perbualan telefon bimbit jenis Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y. Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek berkenaan keadaan suaminya, Allal.
Usharani berkata dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu.
Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh.
“ASP Suresh meminta saya wang bernilai RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini,” kata Usharani melalui terjemahan oleh Murugan.

GAMBAR: Hubungan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. dengan pemimpin Umno






Oleh: Pria Malaya

Umno kononnya ingin menafikan hubungan mereka dengan pengerusi syarikat Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd..kononnya mereka tak pernah kenal dengan syarikat ini..

Mereka membuat isu kononnya kerajaan PAS mudah terpengaruh dengan syarikat penipu ni, PAS mudah terpesona dengan janji-janji manis syarikat ni..dan pelbagai lagi kutukan serta ejekan..seolah2, pemimpin dan parti mereka tak pernah berurusan dengan syarikat ini..

Di bawah, dipaparkan beberapa keping gambar menunjukkan hubungan 'rapat' pengerusi Syarikat I'DA World dengan kepimpinan Umno...pelbagai persoalan timbul bila kita melihat hubungan akrab pengerusi syarikat ini dengan pemimpin2 Umno seluruh negara...fikir2kan...







Minyak Naik !!! BN Pencekik Dalam Senyap

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya.

Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya.

Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia?

Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!

Baca lagi dari sumber>>

Gambar : Rupanya Queen Elizabeth II Pun Pernah Melawat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Queen Elizabeth II dalam lawatan beliau ke perkarangan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 14 Oktober 1989. Turut mengiringi ketika itu ialah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah yang pada ketika itu merupakan Raja Muda Negeri Selangor.
Queen Elizabeth II ketika dibawa meninjau ke ruang utama Dewan Solat Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah dari pinggir pintu utama dewan solat.
Queen Elizabeth II ketika diiringi keluar selepas membuat tinjauan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

SUMBER

Video : RM 4 Bilion,Penjelasan Tok Guru Nik Aziz




Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

“Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya.

Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan. Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti.

Dua malam lalu, syarikat I’DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel. Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru.

Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak. Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu. “Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya. (Sumber Harakah/ AK)

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....