Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 28 Disember 2012
PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar
KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.
Pesuruhjaya
PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada
kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.
Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.
Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.
Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.
"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.
Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.
Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS.Hrkh

Himpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama Anwar
Sebahagian dari pemandu teksi yang hadir
PETALING JAYA 28 DISEMBER: Pemandu teksi memainkan peranan penting
dalam membawa perubahan politik di negara ini berikutan merekalah antara
kelompok yang paling dekat dengan rakyat, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Sebab itu saya ‘salute’ pemandu teksi. Mereka inilah yang
menyampaikan derita rakyat,” katanya sambil ‘tabik’ kepada 400 pemandu
teksi pada Himpunan Raksasa Pemandu Teksi bersama Pakatan Rakyat di
Dewan Svik, Petaling Jaya, malam tadi.
“Saya
tahu orang teksi benci kezaliman. Dari 1998 sampai sekarang, ketika
TV3, Utusan tutup berita tentang kita (pembangkang), pemandu teksilah
yang sebar cerita sebenar,” katanya yang menyifatkan isu berkaitan
pemandu teksi bukan perkara kecil walaupun selalu dipandang enteng oleh
pemimpin Umno BN..
“Sebab ini isu ‘human dignity’, soal maruah manusia. Untuk pemimpin
BN, pemandu teksi seolah-olah tidak ada harga. Mereka (BN)
bermati-matian pertahan kontrak berbilion.
“Pemandu teksi tak minta balak, IPP, kontrak. Hanya mahu permit.
Permit pun mahu disapu pemimpin Umno-BN!” katanya disambut teriakan
Reformasi.
Beliau
juga mengulangi hasrat Pakatan untuk mengembalikan hak pemandu teksi
dengan pemberian permit individu sebaik sahaja menawan Putrajaya.
Artis Ni Sebak Jumpa Tuan Guru Nik Aziz
KOTA BHARU: Artis
Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat
menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi semalam.
Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak
berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan
mendengar bicara.
Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan
Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk
berhijrah.
“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat,
pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih
lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi
kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.
Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.
“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.
Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau
model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.
Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.
“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009