Artikel ini aku copy dari sebuah forum yang dikenali sebagai Forum
Tempur Politik Maya Kumpulan Menyokong UMNO ataupun MyKMU.Net juga
dikenali sebagan MyKemut oleh Forumer dari Tranung.kite..
Apa yang ditulisnya menyerlahkan perasaan benci dan sakit hati yang membara...
Apa yang ditulisnya menyerlahkan perasaan benci dan sakit hati yang membara...
Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak)
Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.
Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.
Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan. Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.
Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.”
Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.
Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.
Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.
Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan. Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.
Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.”
Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.
Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan
penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo,
bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak
ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan
dalam diri.
Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap
pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan
menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan
penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia
tetap dibiarkan berleluasa.
Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah
allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah
datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat
mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus
merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan
penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.
Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama
Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan
Islam. Jawapannya – Rating. Ini kerana orang Melayu Islam suka
mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk
jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan
Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.
Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus
maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak
beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut
dengan lawak-lawak bodoh.
Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat
lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu,
saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.
Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.Anak Sungai Derhaka
24 ulasan:
Cemburu nampak.
Penuh dengan dengki..irihati cemburu.mentaliti ahli umno ..cukup jahat..yang di tentangnya yang haq yang batil, di biarkan berleluasa.dan tak ingin pun nak berdengki dgn yang batil....!
tanyalah diri sendiri buat apa
- kalau ceramah serius dia kata tak pandai ambik perhatian pendengar..kalau ceramah slow lemah lembut kata ustaz macam bapuk....kalau ceramah keras kata penceramah ekstrim melampau...aduh macam-macam alasan la..golongan yang tak suka ni sebenarnya bukan minat ilmu pun...Penceramah ni ada cara masing2 yang penting ilmu yang disampai tak keluar dari lingkungan yang dibolehkan. ..nak uji ilmu us. azhar boleh la buat forum ke debat ke..ajak sekali glongan yang kata us azhar tak ada ilmu tu...bolehla kita nilai bersama...
ulasan org yg buta hati. entah pernah ngaji ke tidak. tgk berapa ramai ustaz ngajar tapi ramai tiang dari jamaah. bila orang buat perubahan demi tarik minat pendengar ada saja komen negatif. sedarlah, sebarkanlah ilmu dengan cara apa sekalipun asal orang faham dan amal. jgn jadi macam ustaz yg syok sendiri.
Buat baik orang mengata,buat jahatpun orang mengata.
Prinsip saya,pedulik apa dengan orang mengata yang penting Allah suka.Di akhirat nanti kita yang akan berdepan sorang-sorang di hadapan Allah nanti.
Dia meroyan sbb UAI ni lebih kepada pro PR. cuba UAI tu pro UMNO.atleast ada gak ilmu yg disampaikan dan ramai yg dtg masjid. cuba tanya UMNO leh buat camtu ke nk tarik org ke masjid ramai2.
puak puak yang perangai macam 2abu masih ada sampai kiamat tak senang dengar seruan kebaikan.kalau nak ilmu secara fomal masuk kelas la itu semua secara am untuk buka minda ke arah memahami Islam
ini lah mentaliti penyokong dan pemimpin unmo,,dengki,,iri hati.merasakan hanya mereka yg terbaik dan betul semuanya,mereka menganggap orang lain bodoh dan taktahu membandingkan yg mana baik yg mana jahat,,sepatutnya kita memberi sokongan kpd mereka2 yg menyebarkan islam,,tapi pehak umno mencacinya,adakah ini didikan ulamak umno?,,sekarang rakyat dah tahu siapa sebenarnya pemimpin dan penyokong2 umno,,seperti kata pepatah cerdik tah boleh diikut,,bodoh tak boleh diajar
Tak menjadi masalah kalau nak muncul dimana pun, tapi saya kira kalau dibandingkan perdebatan Allahyarham Ahmed deedat atau Dr zakir Naik ada bezanya. Antara ilmu dan lawak jenaka. Nabi tak pernah berlawak bila menerangkan hukum hakam Islam kerana Nabi tak mahu Islam itu diterima secara lawak dan gelak. Kebenaran perlu ditegaskan dan hukum ALLAH benar, nyata dan terang. Bergitulah bezanya kenapa Kristian ada nyanyi sebelum `ceramahnya' sebab nyanyian menjadikan mereka lalai dan lebih cenderung nak nyanyi bukan dengar `ceramah'. Mungkin alasanya bahawa generasi sekarang lebih tertarik kaedah tersebut, tetapi perpijaklah kepada hakikat bahawa Islam itu bukan agama untuk diajar melalui lawakkan. Kalau gitu, kenapa disekolah rendah agama tak ajar melalui kaedah ini dan suruh aja dia ajar!!!hanya untuk difikir.
mendidik anak kena ikut zaman...
macam tu jugalah nak mendidik umat...
sekurang2nya apa yg disampaikan berpandukan al-Quran & Hadis
jadi apa masalahnya
keturunan abu jahal memang camtu menentang usaha usaha ke arah kebaikan
dia ni peserta maharaja lawak kot, da kene singkir pastu salahkan UAI melawak kt masjid.. k-pop boleh pulak.. g jahanam la puak2 umno ni
Untuk makluman.... di sekolah rendah, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, digalakkan ada sedikit unsur humor yang tujuannya untuk menarik minat murid. Guru yang terlalu garang atau serius selalunya akan menimbulkan rasa stress dan mengantuk kepada murid dan murid menjadi sukar menerima ilmu yang disampaikan. Cuba kita kenang semula diri kita semasa kita kecil, guru manakah yang masih kita kenali. Guru yang mudah kita kenal dan mudah kita ajak berkomunikasi ialah guru yang ada unsur humor. Humor dapat ,mengubati hati dan jiwa kita secara tidak langsung. Jadi tidak benar sama sekali kalau ada pihak yang berkata penyampaian ilmu di sekolah rendah tiada diselitkan unsur lawak.
Dalam isu Ustaz Idrus yang berlawak semasa berkuliah, sudah menjadi fitrah manusia bahawa mereka perlukan unsur humor sebagai tarikan untuk mendengar dan memberi tumpuan apa yang dicakap. Malam hari, sewaktu badan letih setelah penat bekerja, unsur lucu ini membantu menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Ilmu yang disampaikan secara bersahaja kadang kala lebih mudah diingati berbanding dengan penyampaian ilmu secara serius lagi berbelit-belit. Bagi golongan muda khususnya yang baru hendak menjinakkan diri dengan kebenaran agama, penyampaian dalam bentuk ini amat sesuai kerana pengisiannya mudah diterima. Cuba bayangkan mat rempit yang biasanya berkubang dijalanan, tiba2 disuruh mendengar ceramah serius dari ustaz harus sani. Berapa orangkah yang akan hadir meskipun ceramahnya hanya tentang kewajipan bersolat.
Kehebatan si penceramah bukanlah bergantung kepada berapa ramainya kafirun berjaya diislamkan oleh si ustaz. Tetapi lihatlah kepada berapa ramaikah anak muda yang berjaya ditarbiah supaya mula menjalani kehidupan sebagai muslim. Jika dulu merempit tanpa solat, adalah lebih baik jika kini setelah mendengar ceramah ustaz idrus, mereka sudah bersolat walaupun masih merempit.
Apa sekalipun alasan yang diberi, tindakan ustaz Azhar Idrus atau mereka yang hadir mendengarnya; adalah jauh lebih baik daripada pesta K-pop dan gangnam stail serta PM suami isteri yang hadir menontonnya. Juga adalah berjuta kali lenih baik menyambut tahun baru 2013 mendengar ceramah ustaz Azhar Idrus daripada melihat pembaziran pembakaran bunga apu kerana membazir amalan syaitan mahupun bersorak sorai menonton penyanyi yang diimport khas dari benua India.
Untuk pencacai blog tersebut, sedarlah antara satu dari 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah di padang mahsyar ialah golongan pemuda yang sayangkan agamanya; bukan golongan pemuda yang sayangkan pmnya, atau sayangkan K-pop/ gangnam stail atau penyanyi dari benua India.
dengki... sapa ckp ustaz azhar tiada ilmu sila tampilkan diri dan berdebat ttng ilmu agama dgn ustaz azhar ada berani?? ke x de teluq mcm najib
baik bergaduh /bertekak dg sorang yg berilmu drpd berbahas dg sepuluh orang bodoh..
lagi ramailah orang berilmu yg akan tinggalkan umno..
program ilmu terus ditentang..
program hiburan lupa diri dibiarkan terus melalaikan anak2 muda..malah anak2 kecil pun..
Masyaallah..
Mana orang tak beriman senang duduk bila musuh mereka disukai ramai? Aku tak kata lah dia tu munafik, tapi yang jelas, hatinya busuk dan dipenuhi hasad dengki. Memang orang kureng imen begitu sikapnya.!!!!
nampak sgt mamat tu tak pernah pegi kuliah....ramai yg ustaz yg menggunakan lawak sbg tarikan.....ialah tak bg org mengantuk.....contohnyer ustaz ismail kamus...ustaz pak yazid dari kg baru.......yelah masing2 punyer cara ler....dan aura sendirilah...ustaz azhar idrus mungkin ader aura yg menarik beribu2 anak muda keceramahnyer....tak per ler...ceramah agama......yg pecacai umno/bn nak dengki apasal......
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.24-21
Korang pernah baca cerita nabi berlawak menyampaikan agama? Nabi pernah berkata orang tua tak masuk syurga...maka menangis lah seorang tua. Nabi trsenyum dan mengatakan sebab didalam syurga semuanya menjadi muda dengan bergurau..........bukana kah itu jenaka dalam berdakwah?
Dorang tu suma jahil ugama sbbtu dengki seumur hidup.
Dalam senario pendekatan amalan semasa politik melayu yg berorientasikan pecah-belah-fitnah, dapat dilihat berlaku polarisation of Uztaz & Ulama (UMNO VS NON-UMNO). Senario ini turut beri kesan kpd generasi muda belia melayu Islam Abad 21. Mereka juga mengalami denyutan polarization. Polarization membawa perpecahan & sekaligus Evaporation Of Trust. There's only one possible solution to overcome this sort of problem. Kedua-dua kelompok iaitu pengamal politik dan pengamal agama berganding bahu menyahut cabaran untuk melakukan sesuatu yg belum pernah mereka lakukan sejak 50-60 tahun yg lalu..iaitu ambil inisiatif utk memlakukan rebranding semula their respective role & function towards stabilising the prolong systemic instability within the Malays community. Terlalu lama telah kita saksikan adegan perpecahan bangsa melayu dari segi politik maupun dari segi pegangan Deenul Islam. It's time for change. RD5
Jangan buat perbandingan antara seorg ulama dgn ulama yg lain kerana setiap org ada kekuatan & kelemahan. Yg pasti ulama dikategorikan sbg pewaris nabi. Ustaz yg dilabelkan sbg ustaz UMNO ada peranannya dari segi rebranding semula pemikiran melayu muslim yg rata-rata dlm keadaan yg bercelaru minda kesan dpd amalan berabad siasah politik melayu yg berorientasikan pecah-belah-fitnah. Perpecahan bukan shj dikalangan pengamal politik malahan dilihat berlaku dikalangan pengamal agama ..ustaz & ulama..maka timbullah istilah ulama UMNO..Ulama PAS..uztaz UMNO..Uztaz PAS. Maka lahirlah golongan generasi muda belia melayu Islam yg berkecamuk mindanya..berpuak-puak..bersamseng-samseng..yg telah menjurus kpd keadaan masyarakat melayu Islam yg bercakaran .. prolong sistemik instability dikalangan mereka & menimbulkan suasana saling tidak percaya-mempercayai evaporation of trust).Ini semua tidak sihat..tidak islamik. Kelahiran ulama muda UMNO.. tidak perlu kita terlalu gusar kerana hari ini mereka dilihat berpihak atau berpolar kpd the govt of the day..esok lusa mereka boleh mengalami reverse osmosis..berubah polar kpd perjuangan pihak pembangkang..for the very simple reason "Nothing is permanent in this WORLD"...Tiada yg kekal dalam hal dunia". Lebih wajar sbg generasi muda abad 21 kita desak mereka supaya bersepakat/bermuafakat sesama mereka demi merealisasikan agenda pembangunan ummah. Seru kpd mereka hentikanlah perbalahan yg dah menjangkau 5o tahun. Katakan kpd mereka kami dah letih dah menyaksikan adegan perpecahan melayu ..fitnah-menfitnah...kafir-mengkafir.. Serulah kpd mereka supaya rebranding semula pemikiran dan tindakan mereka yg telah membakar naluri perpecahan org melayu..Katakan kpd pengamal politi & pengamal agama..it's time to change..A change that last for generations. RD5
PAS dan penceramah2nya pun x menyumbang apa kepada pemulihan akhlak mat rempi ke placur ke,walaupun Ibu Pejabat diCAWKIT.
Cuma berebut nak kuasa n jadi YB je.
Apa raayat dapat menafaat bila PR memerentah!tgk,Selangor,Penang,Kedah n Kelantan,sama je x ada pun kelebehan dari negeri lain,yg kurang u malas nak cakap lah!
Catat Ulasan