Selepas tamat Muktamar Agung PAS ke-55 hampir dua minggu lalu, Umno agak kecewa kerana dua isu yang diharap akan memerangkap parti Islam itu tidak mengena.
Isu tersebut mengenai Hudud dan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung murtad.
Tindakan bijak perwakilan PAS yang lebih memberi tumpuan untuk
menguatkan jentera dalaman dan media parti Islam itu dalam menghadapi
PRU13 nanti langsung tidak menarik minat mereka.
Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang membabitkan
PAS-PKR di lihat ruangnya apabila seorang perwakilan memberikan
pandangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lantik
menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya kuasai Putrajaya.
Malangnya isu tersebut tidak mendapat respon dari PR samaada dari
PAS-PKR-DAP termasuk dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu tersebut tenggelam apabila PAS dan Abdul Hadi sendiri menyatakan
setiap perwakilan berhak meluahkan pandangan bagi membuktikan PAS sebuah
parti yang menerima pandangan dari semua pihak.
Begitu juga dengan Anwar yang membuat kenyataan bahawa perkara tersebut boleh dibincang dan belum diputuskan.
Sebelum ini hampir dalam setiap ceramah yang dihadiri pemimpin DAP
dan PAS pun kenyataan untuk melantik Anwar menjadi PM bukanlah suatu
polimik yang besar.
Doa hancurkan Umno
Ironisnya, dalam situasi kenazakan isu menjelang PRU-13 ini, Umno
gagal mendapatkan sasaran untuk dihala kepada PAS bagi mendapatkan
sokongan orang Melayu.
Umno amat kecewa selepas PAS menolak kerajaan perpaduan yang
dianjurkan selama ini.Lebih membimbangkan setelah melihat orang Melayu
semakin banyak yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.
Malah kempen besar-besar supaya orang Melayu berpindah dari Umno
kepada PAS kerana perjuangan Umno tersasar dan memberi kesan yang amat
besar kepada parti Islam tersebut.
Inilah juga kebimbangan kronik yang ada pada Umno. Begitu juga dengan
pelbagai isu yang memberi aib kepada Umno serta pemimpinnya. Isu NFC
dan terbaru membabitkan wang haram RM40 juta yang melibatkan pemimpin
Umno akan mengikis keyakinan orang melayu kepada parti tersebut.
Ini tidak termasuk isu rasuah, pembaziran wang negara sebanyak RM28
bilion setahun sebagaimana diumumkan Ketua Audit Negara. kenaikan harga
barang dan pelbagai lagi yang mencerminkan kelemahan pentadbiran dan
pengurusan oleh pemimpin negara yang diterajui Umno
Umno mendapat nafas lega apabila isu bacaan doa oleh adik kepada
Mursyidul Am PAS itu, Nik Razi Nik Mat sempena majlis solat hajat di
Stadium Sultan Muhammad IV pada malam 16 November lalu ‘dicuba’
dipasarkan dalam pemikiran orang Melayu.
Doa tersebut mengandungi ungkapan supaya Umno-BN dihancurkan kerana
terlalu banyak kezaliman dilakukan ke atas rakyat terutamanya rakyat
Kelantan.
Majlis Solat hajat itu juga di adakan ekoran tuntutan keengganan
kerajaan pusat memberikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan.
Setelah itu, seperti jangkaan media ekletronik dan cetak milik Umno
akan cuba menyelesaiikan sebaik mungkin. Dari ulama Umno sampai ke pada
ketua bahagian dan lebai di kampung semuanya menghentam PAS.
Tujuannya hanya satu iaitu untuk memberikan persepsi kepada orang
Melayu bahawa PAS sebuah parti yang hanya menjadikan agama untuk tujuan
politik,dan isu ‘doa PAS’ cuba dijadikan asas untuk membuktikan tanggapan tersebut.
Penulis tidak mahu mengulas berhubung hukum hakamnya kerana banyak
diperkatakan.Tetapi lebih adil untuk juga dihakimi sekiranya isu
disebalik persoalan timbulnya doa tersebut dibincangkan.
Pokok kepada persoalan doa itu adalah “menghancurkan Umno”. Umno pula
adalah sebuah parti politik. Dalam isu menghancurkan Umno ini, PAS
menggunakan cara doa.
Cuba kita lihat cara Umno pula untuk ‘menghancurkn PAS dan PR”.
Mereka menggunakan seluruh kekuatan kuasa seperti media, polis, FRU,
sistem perundangan, tekanan, fitnah, sekat kebebasan media, sekat
ceramah,ISA dan pelbagai lagi untuk “menghancurkan’ lawan politik
mereka.
Umno pula menggunakan kuasa ‘tindakan’ dengan kekuatan kuasa, wang
dan media yang dimiliki untuk ‘menghancurkan PAS dan PR’. Jadi apakah
bezanya?.
Sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai kekuatan sebagaimana di
miliki Umno, PAS menggunakan kaedah berdoa kerana PAS dan PR merasakan
mereka telah dizalimi oleh Umno sejak sekian lama.
Lagi pun apalah kekuatan yang ada pada pembangkang selain doa dan
terus berdoa. PAS yang juga sebuah parti Islam telah menggunakan
‘kekuatan’ mereka iaitu doa sebagai wadah kekuatan perjuangan sejak
sekian lama.
Setiap kali Nik Aziz atau Hadi tamat berucap, dua pemimpin ini akan berdoa dan para hadirin akan mengaminkan doa tersebut.
Begitu juga dengan kebanyakan majlis solat hajat yang dianjurkan akan
disertai doa berpaksi kepada usaha menumbangkan Umno dalam pilihanraya
akan datang.
Kaedah ini telah digunakan PAS sejak awal penubuhannya hingga ke saat
ini. Malah persoalan doa dan majlis solat hajat telah berpuluh kali di
adakan dan tidak pernah pun menjadi isu sehangat ini.
Isu Perhimpunan Agung Umno
Dalam konteks politik, pemimpin Umno seharusnya mencari suatu ‘ikon’
sebagai suatu bahan isu untuk dibawa dalam Perhimpunan Agung Umno yang
berlangsung hari ini hingga Sabtu ini.
Kepimpinan Najib yang tidak pernah mengadakan pemilihan baru dalam
Umno sejak Mac 2009 dibayangi dengan pelbagai kebimbangan dari desakan
2,674 perwakilan yang bakal bersidang.
Lebih ‘gayat’ lagi bagi Najib apabila PRU-13 yang bakal di adakan.
Justeru isu ‘doa PAS’ tersebut boleh dijadikan bahan pelarian untuk
dijadikan topik hangat untuk dibincangkan perwakilan.
Najib bimbang berikutan tarikh PRU-13 yang seharusnya diadakan masih
samar. Ini memberi imej serta persepsi buruk kepada Umno serta
perwakilan. Tempoh tamat untuk dibuat PRU hanya April tahun depan
sedangkan siap calon yang bakal bertanding belum di putuskan.
Tempoh lima bulan bukanlah lama kerana calun perlu membuat persediaan
untuk mendekati pengundi. Najib juga tahu sekiranya calun telah di
pilih perhimpunan kali ini akan menjadi medan tikam belakang dan
pergaduhan sesama sendiri.
Tidak hairan juga sekiranya Najib akan mulai menggunakan isu doa ini
dalam ucapan dasar beliau nanti. Sentiman doa ini kemudiannya akan terus
meracau-racau dalam media dan akan terus menjadi hangat dikalangan
perwakilan.
Apa pun bagi umat Islam doa itu merupakan suatu kekuatan. Kekuatan
dari hamba yang sentiasa mengharap bantuan dari Sang Penciptanya. Ulama
juga mengqiaskan bahawa orang yang sombong adalah mereka yang tidak
berdoa.
Khazanah sombong itu adalah sifat-sifat syaitan. Syaitan pula apabila
dibacakan doa dan atau ayat-ayat Quran akan meracau-racau sebab
kepanasan.TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan