Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani meminta semua rakannya
terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.
"Apa
terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun
PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP
menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar
Selangor.
Tindakan
mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi
memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan.
Hasnul
Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang
media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN
Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.
Hasnul,
Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan
Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.Dr Rani
yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, ntara perkara pokok
kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.
"Selain
akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan
bermesyuarat."Segala
keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun
bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya
dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan
menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.
"Saya
doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan
kita," katanya.TMI