KUALA LUMPUR: Akhbar milik MCA, The Star terus bersikap
'tidak senonoh' apabila berterusan mengeksploitasi isu khalwat dan
salun di Kelantan, sedangkan lebih banyak isu utama yang perlu dimainkan
akhbar berbahasa Inggeris itu.
Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Vincent Lee (gambar) berkata perbuatan The Star itu menjurus kepada mainan akhbar Utusan Melayu.
Beliau berkata tindakan The Star itu lebih kepada cubaan menakut-nakutkan golongan bukan Islam terhadap PAS memandangkan akhbar milik MCA itu lebih dibaca golongan bukan Islam.
"Secara jelas, saya melihat akhbar The Star sudah menjadi Utusan Melayu, yang tidak lagi membincangkan soal masa depan negara.
Sebaliknya, hanya bercakap soal remeh-temeh yang sudah lapuk, tetapi sengaja disensasikan untuk agenda politik mereka," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan The Star hari ini, yang melaporkan laporan bertajuk 'Victory for Saloon' - merujuk isu salun di Kelantan, baru-baru ini.
Kecam Vincent, isu berkaitan salun dan khalwat yang dilaporkan The Star itu sebenarnya sudah lapuk, sebaliknya hanya disensasikan akhbar itu kebelakangan ini.
Katanya, The Star sewajarnya membicarakan soal masa depan negara seperti agenda memerangi rasuah, pengurusan kewangan dan pentadbiran negara, atau apa sahaja isu yang membina masa hadapan negara.
"Sayangnya, ia tidak berbuat demikian. Hanya mainkan isu remeh-temeh yang sudah lapuk, diulang semula, dengan tujuan mengaburi pembacanya," tegas beliau.
Justeru, beliau menggesa The Star lebih memfokuskan agenda rakyat berbanding bermain dengan isu lapuk yang diulang semula.Hrkh