Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 20 Disember 2009
"Jijik untuk mendekati Umno/BN"-Tok Guru Nik Aziz
"Jijik untuk mendekati Umno/BN" - Ucapan Tuan Guru Dato' Nik Abdul aziz Nik Mat di Majlis Penutup Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 19 Disember 2009.Jiwokelate 2009
Kabinet Perlu Bertggungjwb Kehilangan Enjin F 5E
Menyifatkan kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing sebagai kebocoran serius keselamatan negara, Ahli Parlimen Johari Abdul berkata, kesalahan tidak harus dibebankan pada bahu pegawai tentera semata-mata.
"Bukan pegawai kerajaan yang harus dipersalahkan, tetapi yang harus dipersalahkan ialah mereka yang menjaga polisi iaitu kabinet dan seluruh jawatankuasa kabinet," katanya ketika dihubungi, petang tadi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, enjin bernilai RM50 juta ini dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan.
“Didapati bahawa sistem penghantaran oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia ini mempunyai sistem yang cukup baik tapi mungkin disebabkan ianya dilakukan oleh sekumpulan pegawai bawahan yang cukup terancang dengan pihak luar,” katanya.
Zahid menambah sistem inventori pertahanan akan dirombak dengan serta-merta sebagai respon kepada kecurian ini.
Johari walaubagaimanapun menyeru satu siasatan terperinci dijalankan dengan hasil laporan siasatan itu diserahkan ke persidangan Dewan Rakyat tahun hadapan.
"Rombakan sahaja tidak mencukupi, kita mahu investigation dilakukan dan semua mesti dimaklumkan kepada parlimen. Dan kita pasti akan bertanyakan soalan ini dan seluruh pembangkang pasti akan mengupas isu ini secara halus," katanya.
Ahli Parlimen ini tidak yakin hanya empat suspek terlibat dalam kes penyeludupan aset tentera ini. - FANSURINA ABDULLAH (TVS)
Bung Moktar sahkan sudah ikat Zizie
PETALING JAYA, Dis 20 — Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini menafikan sudah berkahwin dengan pelakon Zizie Izette akhirnya mengaku sudah memiliki aktres itu sebagai isteri keduanya.
Wakil rakyat berusia 50 tahun itu berkata beliau kini mahu semua pihak menghormati privasinya.
Beliau yang kini berada di luar negara menafikan sedang berbulan madu.
"Saya bersama anak-anak saya," kata beliau kepada New Straits Times.
Ketika ditanya mengapa beliau membuat penafian sebelum ini, Bung Moktar berkata: "Saya lelaki yang sudah berumah tangga. Saya perlu melindungi isteri saya yang satu lagi."
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila majlis perkahwinan telah diadakan.
"Setiap orang tahu. Tidak perlu butiran lanjut. Surat khabar telah banyak menulis mengenainya," katanya.
Zizie pula berkata dia menghormati pengesahan Bung Moktar.
Khamis lalu rakan-rakannya di Parlimen juga mengesahkan Bung Moktar sudah berkahwin.
Rakan karib Bung Moktar, Datuk Mohamed Aziz berkata, "terjawablah sudah teka-teki."
"Saya telah menghubungi kawan saya Bung Moktar, senang cakap mereka sudah selamat.
"Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagian kawan adalah kebahagian kita," kata Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.
Mohamed menegaskan apa yang dilakukan oleh Bung Moktar tidak salah dari segi undang-undang, adat dan agama.TMI
Pakatan Rakyat Bagai Dunia Baru Untuk Saya-Tok Guru Nik Aziz
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merasa seperti berada di dalam dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat dalam Pakatan Rakyat.
"Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya,"katanya dalam ucapan rumusan pada Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata sebelum ini PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian dikhianati oleh UMNO.
Mursyidul Am PAS itu juga berkata beliau merasa jijik dengan UMNO apatahlagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.
Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata parti itu menerimaDatuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pemimpin Umum Pakatan Rakyat.
Ekoran itu, katanya beliau akan menggunakan segala pengalamannya selama 40tahun dalam bidang guaman untuk membela dan memastikan Anwar tidak dipenjarakan ekoran tuduhan yang dihadapi di mahkamah sekarang.
Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada awal tahun depan. BERNAMA
Konvensyen PR - (Video)Ucapan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Pengerusi DAP, YB Karpal Singh kini sudah ada bulan', merujuk kepada, kini Karpal sudah dapat bersama PAS dalam Konvensyen PR yang diadakan semalam.
Tok Guru Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.
Sebelum Tok Guru, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz hari ini tetapi di antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.
"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.
Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.BO
Video:Hari Keluarga Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut
Hari Keluarga Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut yang diadakan di Dewan Hj Salleh Alor Lintah Jerteh pada 19/12/2009.
Konvensyen PR:(Video)Ucapan Presiden PAS
SHAH ALAM - Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan beberapa ‘gurauan sinis’ terhadap Umno dan Barisan Nasional telah menarik minat peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Pertama
Antaranya, ketika beliau membuat perbandingan segala tindak tanduk Firaun yang zalim melaksanakan projek-projek yang memperbodohkan rakyatnya, Ustaz Hadi menyebut projek-projek Firaun umpama ‘Inilah satu lagi projek Barisan Nasional’.
Beliau turut mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang sepatutnya bentindak sebagai ‘pengadil’ dalam sebarang pilihanraya, namun tindak-tanduk badan tersebut seumpama ‘Pengadil yang shoot goal’.
Diantara intipati ucapan Presiden PAS adalah;
1. Adalah penting kepada Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.
2. Penyertaan PAS bersama dalam pakatan rakyat katanya sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain.
3. Dalam aspek perpaduan pula, PAS mengikut ajaran islam dimana tidak membeza-bezakan ataupun merendahkan martabat mana-mana kaum seperti dilakukan pihak tetrtentu.
4. Kerajaan-kerajaan negeri sedia ada dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh tauladan yang meyakinkan.BO
Dokumen Bersama PR Martabat Demokrasi, Manusia dan Hak
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menyorot perhatian perwakilan kepada misi utama pembentukan gagasan ini - meleburkan dasar perkauman yang membelit kesedaran rakyat Malaysia.
"Kali pertama dalam sejarah politik negara, dasar pakatan rakyat adalah dasar yang cukup jelas. Prinsip kita ialah meleburkan dasar perkauman yang sempit," tegas Anwar.
"Dengan kepercayaan yang diberikan, kita harus memartabatkan demokrasi dari kepimpinan yang tertinggi hingga ke peringkat akar umbi," tambahnya lagi disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Mantan Timbalan Perdana Menteri ini menambah bahawa membasmi indoktrinasi 50 tahun pemerintah Umno-BN melalui dasar pecah dan perintah bukanlah satu tugas yang mudah.
Ia memerlukan pengorbanan, ketegasan prinsip, dan yang lebih utama kematangan yang tinggi dari semua komponen masyarakat, bukan sekadar menuntut majoriti mengalah kepada tuntutan demokrasi.
"Saya ingin mengesyorkan supaya kaum-kaum Cina, India atau Iban supaya meleburkan sikap perkauman yang ada dalam diri," katanya.
"Maka dengan inilah, keyakinan dari semua bangsa dan agama di negara dapat diraih seraya menjadikan dasar bersama Pakatan Rakyat suatu realiti," tegas Anwar.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,500 perwakilan serata negara hari ini. Persidangan hari ini dijangka meluluskan Dokumen Bersama pembentukan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan rasmi.
Dokumen ini memuatkan dasar-dasar umum yang dikongsi PKR, Pas dan DAP sebagai tujahan melawan cengkaman Umno-BN.
Perkara utama yang dituntut Dokumen Bersama ini adalah penerapan demokrasi telus dan tulen dalam proses politik tanahair.
Pakatan Rakyat berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan melestarikan demokrasi dan hak asasi setiap warganegara.
Pakatan Rakyat juga komited mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan melindungi kebebasan beragama untuk masyarakat bukan Islam, serta memartabatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.
Titik-bengit pertelagahan politik hari ini seringkali berbangkit dari isu keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Dalam isu ini, Pakatan Rakyat berjanji bahawa kedudukan ini tidak akan dipertikaikan, bahkan dipertahan selaras dengan tuntutan Perlembagaan.
"Jangan percaya pada 1Malaysia, tetapi percayalah pada kemampuan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan hak semua bangsa dan agama di negara ini," tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata perhimpunan ini berbeza dari retorik Umno-BN, Pakatan Rakyat membuktikan komitmen yang jitu.
"Kita harus rapatkan barisan dan kekal utuh, dan dengan itu rakyat akan percaya pada perjuangan kita," tambah beliau.
Amanat Presiden Pas Abdul Hadi Awang kepada 1,500 delegasi menyimpulkan sejauh mana komitmen dan tolak-ansur semua komponen Pakatan Rakyat.
"Pertimbangan hari ini adalah memetakan laluan menuju kejayaan. Keutamaan harus diberikan pada perkara-perkara yang telah kita persetujui. Isu-isu berbangkit yang lain boleh ditangani kemudian," kata Hadi. -TVS