Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 April 2011

Video : Sikap Pemberita 8TV Yang Menimbulkan Kemarahan DS Anwar



DS Anwar Ibrahim naik angin bila ditanya wartawan t8TV tentang jam Omega, yang didakwa trio Datuk T yang menayang video itu, ditinggal Anwar di bilik hotel tempat rakaman itu didakwa dibuat.

Perhatikan Video diatas pada minit 1.55 betina ni soal DS Anwar adakah jam tersebut sudah diserahkan kepada Polis.Sedangkan Polis mengesahkan tidak pernah meminta DS Anwar menyerahkan jamnya.Artikel dibawah dipetik dari TVS :

KUALA LUMPUR 11 APRIL : Polis Bukit Aman mengesahkan hari ini bahawa ia belum meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jam Omega miliknya berhubung dengan siasatan fitnah video lucah yang didalangi gadingan Datuk T untuk menjatuhkan beliau.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani sebaliknya mendakwa siasatan polis bertumpu kepada mengesahkan pemilik jam Omega yang diserahkan oleh Datuk Eskay Sharzyl.

Ditanya sama ada polis akan memanggil Anwar untuk menunjukkan jam Omega yang ada dalam simpamannya, Acryl berkata:

"Kita perlu selesaikan soal identiti pemiliknya sebelum mengambil langkah susulan.

"Keutamaan kita (ialah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi," tambah beliau.

Setelah lebih ramai pihak menolak video lucah itu sebagai fitnah, media arus perdana kawalan Umno kini memberi tumpuan kepada sebuah jam Omega yang didakwa oleh Eskay diambil daripada bilik hotel di mana aksi sumbang itu dirakamkan.

Eskay mendakwa jam itu adalah milik Anwar, manakala Ketua Pembangkang dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menegaskan jam Omega milik Anwar tetap dalam simpanan mereka.TVS

Apa agenda betina ini sebenarnya? tidak lain dan tidak bukan hanya mahu provok DS Anwar dalam meneruskan agenda jahat pihak2 tertentu..

Artikel Berkaitan Sebelum Ini " DISINI "

Pilihanraya Sarawak : Tuduhan Taib Mahmud Umpama ' Meludah Ke Langit '

PULAU PINANG: Perbuatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyelar Pakatan Rakyat (PR), umpama meludah ke langit dan terkena ke hidung sendiri, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang, Mansor Othman.

Beliau berkata demikian apabila mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak itu yang sebelum ini menyifatkan PR, kononnya sebagai kaca murahan yang berpura-pura menjadi permata tulen sekiranya memenangi pilihan raya negeri 16 April ini.

“Apa dicakapnya itu kritikan kepada diri sendiri. Beliau seperti meludah ke langit yang akan terkena atas batang hidung sendiri.

“Rakyat sudah mula sedar apabila sepanjang pemerintahannya tidak mendatangkan apa-apa kepada mereka. Kini mereka sudah pandai dan tahu siapa yang selalu janji kosong,” kata Mansor ketika dihubungi KeadilanDaily, hari ini.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kerajaan Sarawak di bawah Taib apabila beliau membandingkan Pulau Pinang di bawah PR.

“Selama 30 tahun Sarawak masih miskin, tetapi negeri di bawah PR baru tadbir dua tahun sudah nampak perubahan kerana Pulau Pinang mencatatkan negeri paling banyak menerima pelaburan daripada negara asing selain memberi pekerjaan kepada rakyat.

“Sebaliknya di Sarawak, Taib hanya membuka ladang-ladang untuk memberi pekerjaan kepada warga asing, tetapi rakyat sendiri hidup dalam kemiskinan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.Keadilandaily

[ Update Video ] Helikopter Bawa Rombongan Muhyiddin Yasin Terhempas Di Sarawak




SIBU: Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang Isnin selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.

Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.

"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz. - BERNAMA

[ Update Video ] Pilihanraya Sarawak : BN dibayangi ‘dilema’, Pakatan Rakyat mula raih sokongan




Tok Guru Nik Aziz ketika berceramah di kawasan Batu Kawah dekat Kuching malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May

KUCHING, 11 April — Sementara kempen pilihan raya negeri sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami “dilemma” menuju hari penentuan Sabtu ini.( Gambar kiri : Sebahagian daripada hadirin pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Batu Kawah. — Foto oleh Choo Choy May)
Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam “mood” yang berbeza.
Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10.
Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyung-duyung hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.
Baca Seterusnya...

Lagi Gambar Menarik Tok Guru Nik Aziz Di Sarawak

Rakyat Sarawak tidak melepaskan peluang bertemu,bertanya khabar dan bergambar dengan Tok Guru Nik Aziz,saksikan :






Gambar : Ribuan Kaum Cina Sarawak Banjiri Ceramah Tok Guru Nik Aziz







Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....