Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 19 Februari 2010

Melayu ‘hidup dalam hipokrit’-Tok Guru Nik Aziz


KOTA BARU, Feb 19 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas masih ada orang Melayu yang “hidup dalam hipokrit” dengan mendakwa wujudnya golongan nasionalis yang sanggup menolak dasar Islam dituntut oleh Nabi Muhamad SAW.
Menurut Nik Aziz (gambar), fenomena itu antara lain berpunca kerana wujudnya fahaman “agama suku politik suku.”
“Ambil kebangsaan, tolak Islam... ini satu kecelakaan besar menimpa orang Melayu. Orang-orang begini selalunya hidup dalam hipokrit.
“Bila orang bercakap pasal Islam mereka juga kemain lagi turut mempertahankan dasarnya juga membela Islam.

Majlis Pelancaran Tabung Dana Fi Sabilillah Pas Kawasan Besut

Majlis di pengerusikan Ketua Penerangan Pas Kaw. Besut,Ust W. Shukri W. Isa
Ucapan alu aluan oleh Tim. YDP Pas Kaw. Besut Hj Hassan Salleh
Wakil Badan Perhubungan Pas Terengganu merangkap Penolong S/U nya Ust Kamaruzzaman Yunus
Pelancaran oleh Bendahari Pas Terengganu Hj Muhyiddin Abd Rasyid

GMI: Warga Timur Tengah 'dikambing hitam' kerajaan





KUALA LUMPUR, 19 Feb:
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendakwa kerajaan telah menjadikan 12 orang, majoriti pelajar warga Timur Tengah yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai 'kambing hitam' bagi mengalih tekanan antarabangsa behubung ancaman pengganas di Malaysia.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tuduhan bahawa mereka adalah pengganas dan tersenarai sebagai orang paling dikehendaki oleh negara asal, agensi perisik dan badan anti pengganas antarabangsa adalah sangat melampau.

Kerajaan juga jelasnya terlalu mudah membuat justifikasi bahawa mereka adalah pengganas tanpa memberikan mereka ruang membela diri di mahkamah dan menggunakan khidmat peguam.

"Secara khusus ia mungkin berkait dengan amaran pengawasan perjalanan Amerika Syarikat ke atas warga asing di timur Sabah.

"Malah tidak mustahil juga ia berkaitan dengan dakwaan bahawa tahanan merupakan kumpulan yang dikaitkan dengan gerakan Wahabiyyah yang kononnya agen keganasan antarabangsa," katanya sewaktu mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) siang tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Januari lalu mengesahkan 10 terbaru ditahan di bawah ISA kerana keganasan dan rangkaian pengganas antarabangsa.

Laporan Penuh Inkues Kematian Teoh Beng Hock 19/02/2010

Pendengaran Inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum tertangguh Januari lalu, kembali hari ini.

Inkues itu ditubuh berikutan desakan pimpinan Pakatan Rakyat selepas kematian mencurigakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah itu, apatah lagi pihak berkepentingan mendakwa Beng Hock membunuh diri sehari sebelum pertunangannya.

Prosiding inkues itu bertambah hangat apabila pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand secara 80 peratus percaya kematian Beng Hock akibat dibunuh.

Berikutan itu, bedah siasat kedua dijalankan tapi laporannya belum diumum tetapi artikel akhbar Suara Keadilan dengan memetik sumber, mendedahkan Beng Hock memang dibunuh.

Setelah 20 Tahun Kenapa Baru Sekarang Umno Pertikai Sambutan Maulidul Rasul Di Kelantan


KOTA BARU, Feb 19 — Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendakwa kerajaan negeri itu seolah-olah terpengaruh dengan langkah Pulau Pinang dengan tidak mahu mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini.
Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan berganjak dengan pendirian kerajaan negeri dalam soal itu walaupun terus menerima kritikan atau kecaman.
Malah beliau juga mempersoalkan sebab Umno hanya mahu menimbulkan perkara tersebut selepas 20 tahun beliau memimpin kerajaan negeri Kelantan.
Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian berkata pendirian kerajaan negeri seolah-olah menunjukkan mereka sudah terpengaruh dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.
“Pemuda Umno melihat sejak akhir-akhir ini wujud senario baru dalam kepimpinan kerajaan PAS Kelantan. Maksudnya, dalam segenap tindak tanduknya seolah-olah mengikut telunjuk dan jejak langkah Lim Guan Eng.

Aktiviti Ziarah Unit Usrah Pas Beris Pak Abu









Menziarahi Hj Ismail Ibrahim yang di serang strok
Sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah
Menziarahi Ketua Pemuda Pas Caw. Saudara Zaidi Said(Berbaju Biru)
sebahagian dari ahli Usrah yang hadir

Selepas program Usrah selesai kami bergegas melakukan aktiviti ziarah pula.Pada malam ini kami mengunjungi dua buah rumah.Rumah pertama kami menziarahi Hj Ismail Ibrahim( Poksu Mail) yang terlantar di serang strok sejak 2 tahun lalu.Selain bertanya khabar sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah turut di hulurkan.Sementara itu dalam kunjungan kedua kami menziarahi Ketua Pemuda Pas Caw. saudara Zaidi Said.
Beliau yang juga seorang ahli Usrah yang aktif menghadapi masaalah usus yang tidak lagi mampu menghadam makanan yang agak keras.Di fahamkan beliau kini hanya mampu memakan makanan yang lembut sahaja.Sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah turut di hulurkan.Aktiviti berakhir kira kira jam 11.00 mlm.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu





Dah agak lama ambo tak update Usrah Mingguan ni,bukan tak ada,Usrah berjalan seperti biasa tapi sibuklah sikit bulan ni.Yalah mula mula tu Mesyuarat Agong Pemuda Cawangan seluruh Besut yang mana ambo turut terlibat secara langsung pastu Mesyuarat Agung Cawangan pulak. Berbalik pada Usrah minggu ini giliran rumah S/U Pemuda Caw. saudara Zulkifli Jusoh. Usrah minggu ini agak ringkas.Selepas tahlil di adakan sedikit sambutan Maulidul Rasul,tu je. Ini kerana pada malam yang sama kami turut mengadakan aktiviti menziarahi orang sakit sekitar Kg kami. Inipun salah satu aktiviti Usrah juga.Sekian
P/S: Usrah Minggu Depan Kat Rumah Ambo

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Syed Husin Ali tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sengaja mencabar kewibawaan parti supaya memecat beliau.
Ini kata beliau, ekoran sikap provokasi Ahli Parlimen itu yang seolah-olah mahu menguji tahap kesabaran kepimpinan parti.
"Saya sendiri tak pasti apa sebenarnya yang dia (Zulkifli) mahu, nampak gayanya mungkin dia tuntut tindakan tegas.
"Susah saya nak jangkakan tentang perkara ini, mungkin juga dia nak macam itu (dipecat)," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang sejak kebelakangan ini lantang mengkritik kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat.
Terbaru, kelmarin Zulkifli mendakwa Lembaga Disiplin PKR bersekongkol dan berniat jahat untuk melihatnya keluar daripada parti itu apabila menetapkan hari ini sebagai tarikh perbicaraan kesnya sewaktu beliau berada di Korea untuk menyertai Forum Kepimpinan Antarabangsa.

Tok Guru Nik Aziz Akan Memimpin Solat Hajat Untuk Anwar


KUALA LUMPUR : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan memimpin solat hajat anjuran Pakatan Rakyat (PR) Shah Alam di Stadium Melawati pada 20 Februari ini bermula jam 7 malam.
Menurut Pengarah Program, Harris Bakar, solat hajat ini memohon kepada Allah melindungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada fitnah dan konspirasi jahat terhadapnya.
Turut diadakan ceramah perdana untuk menerangkan isu semasa termasuk kepincangan, penyelewengan, konspirasi dan niat jahat Umno-Barisan Nasional ( BN) dalam memporak-perandakan PR.
Antara panelis yang akan memberi cermahanya ialah Datuk Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor, Syed Shahril Syed Mohamud.
Orang ramai juga diminta membawa sejadah untuk solat hajat tersebut.Erapakatan

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....