Hata Wahari menyerahkan replika borang menyertai DAP kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Hata Wahari, bekas wartawan lidah rasmi UMNO,
Utusan Malaysia, hari ini sah menyertai DAP. Beliau juga adalah bekas
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).Hata,
42, berkata bahawa sudah tiba masanya untuk beliau menyatakan
kesediaan berpihak kepada DAP yang selama ini ditohmah dan difitnah
dengan hebat oleh media arus perdana yang dikawal pihak kerajaan.
Beliau
melihat misinya adalah untuk menerangkan kepada umum bahawa persepsi
yang dimainkan UMNO-BN selama ini adalah tidak tepat sama sekali.Hata menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Semakin
ramai cerdik pandai Melayu menyertai DAP baru-baru ini termasuk bekas
ADUN Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri yang popular dengan blognya,
SakmongkolAK47, blogger Aspan Alias yang juga bekas veteran UMNO serta
tokoh akademik Prof Dr Ariffin Omar.
“Saya
percaya DAP dan Pakatan Rakyat, jika memenangi Putrajaya, akan dapat
menghapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan memperkenalkan Akta
Kebebasan Maklumat, untuk mewujudkan kebebasan media di Malaysia,”
katanya kepada Roketkini.
Beliau
menjelaskan bahawa sebab utama beliau menyertai DAP ialah kerana beliau
percaya DAP mampu membawa negara ke jalan yang lebih baik berdasarkan
prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.Beliau
mengakui bahawa Utusan yang pernah menjadi majikannya memang sengaja
mahu memaparkan DAP sebagai parti yang bersifat perkauman kerana itu
adalah agenda dan mainan politik UMNO.