Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 8 Januari 2012

Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali, menyuarakan kekecewaannya terhadap pemecatannya yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini kerana parti berkenaan membalas perjuangannya terhadap Islam dengan tindakan tersebut.

“Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

“Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya petang tadi.

Hasan turut berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas bagi memberi penjelasan lanjut berhubung pemecatannya dalam masa terdekat.

Dalam mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti berkenaan telah membuat keputusan sebulat suara memecat keahlian Hasan Ali sebagai anggota parti.Keputusan itu dibuat selepas Presiden PAS membuat perbincangan dan pertimbangan lanjut.

Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.

Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil),” tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, “Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi).”

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Video : Kenyataan Media Presiden Pas Berikutan Pemecatan Dr Hasan Ali




KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Video & Gambar : Ketibaan DS Anwar Di Lapangan Terbang Kuantan Disambut Meriah






Sumber gambar dan artikel berkaitan DISINI

Video : PAS belum bincang siapa calon PM jika Anwar dipenjara




KUALA TERENGGANU - PAS belum berbincang apa-apa berkenaan siapa yang akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabitkan kesalahan pada 9 Januari (esok) oleh mahkamah dan dipenjarakan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian ketika ditanya oleh pihak media selepas Majlis Perasmian Sambutan 100 TahunItqan a-Muluk Bi Ta’dil as-suluk, di Kuala Berang Hulu Terengganu.

“Benda ni kita belum bincang apa-apa, tidak bincang, tak boleh kata, ia boleh jadi seseorang, tapi tak bincang (lagi),”ujarnya.BO

Video : Gempar!! Pembaca Berita TV3 Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri




Ulasan Nur Jamalina Mohd di twitternya

Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara! Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali. Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib.Dalam mesejnya di Twitter malam tadi, Nur Jamalina menulis:

@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*

@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata:

@JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan.

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.

Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini. Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3.

Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010. Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa!

Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba! Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu! -jalanpulang

Pengawal Peribadi DS Anwar Terkena Suntikan Beracun

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri yang mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0 tahun lalu menerima kecelakaan malam semalam.

Blog pulakdah menyebut, Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7 Januari di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam.

Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri.
(Gambar: Keadaan Fayyad yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan sudah sedarkan diri.)

Berikut adalah tulisan di laman http://pulakdah.blogspot.com.

Jika sebelum ini kita mendengar pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata yang diarahkan ke mata Anwar Ibrahim. Malam semalam satu lagi kecelakaan menimpa Fayyad.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....