KUALA TERENGGANU - Air laut telah melimpah sehingga membanjiri jalan di pantai Batu Burok disini semalam selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun ekoran gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter
Sumber memaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengaitkan kejadian itu adalah berkait dengan apa yang berlaku di negeri matahari terbit itu.
Kejadian tersebut jelas kelihatan pada rakaman video yang telah dimuat naik lewat malam semalam.
Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter.
Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang.
Kesan Tsunami dijangka lebih buruk apabila letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima Dain.
Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.
Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.
Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.
Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.BO