Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 5 Mei 2011

Pemimpin Pas Tegur Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Sehubungan itu Salahuddin (gambar) menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Malah kata beliau, perpecahan tidak berlaku tetapi cuma wujud perbezaan politik.

“Kita tidak memutuskan silaturrahim sehingga membawa kesan yang besar kepada umat Islam,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau juga berkata, perpaduan atau penyatuan tidak semestinya perlu berada di bawah satu bumbung dan kenyataan Juanda semalam sama sekali tidak praktikal dan tidak wajar.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.

“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Beliau berkata, sebagai seorang mufti, sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan perlu memahami tentang gambaran sesuatu hukum tersebut.

“Dia kenal ke siapa Umno yang sebenarnya? PAS menolak tentulah ada sebab. Jangan disebabkan Juanda makan gaji dengan Umno, dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu (pengkhianat Islam).

“Adakah dia (Juanda) nak kita bersekongkol dengan parti yang terbukti banyak melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat, dengan soal rasuah yang banyak melibatkan orang di dalam parti itu,” katanya.TMI

Sultan Kelantan Bakal Bertemu Jodoh ??

KOTA BARU: Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.

Pada satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang Rabu bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."

Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insyallah berjaya," titah baginda.

Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lepas, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah( gambar kiri ), adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata. - BERNAMA

Kenapa Amerika Enggan Dedah Foto Bedah Siasat Osama ??



WASHINGTON 5 MEI : Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan foto-foto jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden, yang mati ditembak pasukan elit Amerika Isnin lalu, kata White House semalam.
Pengumuman itu muncul selepas seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu NBC News mengenai keputusan pihaknya tidak mahu melepaskan foto bedah siasat dan Obama juga mendedahkan pendiriannya ketika temu bual khas bersama program “60 Minutes” CBS semalam.
Media melaporkan bahawa White House telah mempertimbangkan syor mengeluarkan gambar-gambar itu, sebahagian daripada bukti untuk meyakinkan bahawa Osama telah terbunuh ketika serbuan ke atas sebuah rumah agam yang dihuninya di timur laut Pakistan, awal pagi (waktu Malaysia) Isnin lalu.
Ramai sangsi dengan operasi dan laporan kematian walaupun ada gambar awal menunjukkan Osama sudah terbunuh.
Bagaimanapun pegawai-pegawai White House berpandangan, gambar-gambar itu sungguh mengerikan dan boleh mencetuskan rasa tidak senang di kalangan mereka yang melihatnya.
“Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun sebagai alat propaganda,” kata Obama kepada CBS News, demikian menurut jurucakap White House Jay Carney.
Obama juga dipetik berkata, beliau berpandangan tindakan mengeluarkan gambar terperinci akan menyebabkan risiko ke atas keselamatan nasional.
Ditanya mengenai responsnya berhubung reaksi sesetengah pihak di Pakistan mengatakan Amerika Syarikat berbohong kononnya sudah membunuh Osama, Obama berkata:
“Sebenarnya kami sedang memantau reaksi dunia. Tidak ragu-ragu bahawa Osama sudah terbunuh.”
“Sudah pasti tiada keraguan di kalangan Al-Qaeda bahawa dia sudah mati.
“Dan, kami tidak fikir satu gambar sahaja akan membawa perbezaan. Akan ada orang yang menafikannya (kematian Osama,” katanya lagi. — Agensi

Kematian Osama dilihat sebagai konspirasi


SHAH ALAM – Keengganan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bukti kematian Osama Laden dilihat sebagai konspirasi untuk menunjukkan kejayaan memburu beliau.

Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Mohd Nor Yazid berkata, sehingga kini, AS masih menyiarkan gambar lama Osama. ”Adakah beliau tidak dimamah usia? Keputusan DNA (Asid Deoksiribonukleik) pula diperolehi terlalu cepat.

Kisah aktivis UMNO,pecacai yang tidak dihargai

Oleh : Zulkifli Yahya

"Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti pariah dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu.
Itu luahan hati Mohamad Said bekas aktivis UMNO Pendang, bercakap mewakili beberapa rakannya yang dianiayai parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Melayu itu.
Kisahnya bermula lebih 30 tahun lalu, apabila lima aktivis UMNO yang diketuai oleh Allahyarham Safirol Hashim meminjamkan wang mereka sebanyak RM16 ribu kepada UMNO Bahagian Pendang bagi tujuan pembinaan pejabat UMNO bahagian.
Haji Safirol, Yahya Abu, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Bakar Ahmad melalui syarikat mereka bersama Kilang Kayu Sawa telah membuat pinjaman bank sebanyak RM16 ribu. Wang itulah yang digunakan untuk pembinaan pejabat UMNO.
Haji Safirol sempat membayar RM16 ribu semasa hayatnya, walaupun ketika itu faedah bank telah meningkat sehingga RM61 ribu. Isu yang membelit semua aktivis UMNO itu ialah pinjaman dibuat terhadap bank adalah dengan penyandarkan sepucuk geran tanah.
Sewaktu Datuk Afifuddin Omar menjadi Timbalan Menteri Kewangan, mereka pernah meminta beliau menulis surat kepada pihak bank untuk melupuskan pinjaman tersebut. Bank adalah institusi perniagaan yang perniagaan mereka tidak pernah rugi. Apa mereka peduli dengan arahan menteri atau Perdana Menteri sekalipun. Hutang mesti dibayar.
Selepas 10 tahun baru ‘menjawab’ surat Afifuddin dengan menghantar pegawai menguruskan pelelongan tanah cagaran. Maka tanah pun terlelong, tapi hutang masih berbaki. Maklumlah bunganya tidak pernah putus. Makin bertambah-tambah.
Mereka membuat rayuan kepada Datuk Seri Najib, Presiden UMNO yang sangat banyak duitnya itu. Najib boleh turun setiap pilihanraya umum peruntukan berjuta-juta, tetapi tidak sudi menolong UMNO Pendang yang hanya memerlukan duit berpuluh ribu sahaja.
Mereka diminta berjumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.
"Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" mereka mula meluahkan rasa hati.
Hari ini bekas aktivis UMNO itu bersama keluarga mereka benar-benar kecewa. Selepas tiga dekad beralu baru mereka kenal UMNO. Perjuangan UMNO adalah atas dasar asobiyah Melayu. Jarang mereka sebut Islam. Persoalan dunia lebih banyak dibincangkan dari akhirat. Jika dunia yang sedikit itu pun mereka tertipu dengan permainan UMNO, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO.
Bekas aktivis UMNO itu pun barangkali tahu segala pengorbanan mereka bukan sampai ke akhirat. Tak padan nak tanggung kesusahan di dunia, sedang akhirat tidak dapat apa-apa.
Bagi UMNO Bahagian Pendang sendiri, mereka tidak terhutang apa-apa dengan bank. Bangunan sudah mereka miliki atas nama UMNO. Pihak yang berhutang ialah mereka yang beriya-iya sangat hendak menolong UMNO dulu. Mereka yang gatal biarlah mereka yang garu. Itu perangai semulajadi UMNO.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....