PEKAN: Sekatan polis yang cuba menghalang orang ramai ke Markas PAS di sini, Pahang malam tadi, tidak menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu rakyat.
Penuh kesungguhan, Ketua Umum KEADILAN itu meredah kesesakan lalu lintas dengan menaiki motosikal sejauh tiga kilometer untuk tiba di lokasi ceramah di Kampung Mengkasar di sini.
Mengikut jurugambar Keadilan Daily, Yuisriah Yusuf, Anwar membonceng motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mengikuti ceramah berkenaan.
“Ia menyebabkan ceramah bermula lewat. Anehnya, sebaik Datuk Seri (Anwar) tiba, polis menghenti sekatan,” katanya, menambah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menaiki motosikal atas sebab sama.