Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Julai 2009

Zamri lawan Nizar:Dedikasi untuk Ayahanda dan Bonda Tercinta.





Ketika asyik melayari blog rakan dari blog ke blog entah macamana Ambo teringat pada kedua orang tua Ambo yang telah kembali ka Rahmatullah.Timbul idea untuk menulis catatan penghormatan pada mereka.Sebagaimana semua tahu blog ini adalah blog yang teramat pro Pas,kata orang hijau pekat.Semestinya catatan ini sedikit sebanyak mengaitkan kisah kedua orang tua Ambo dengan parti yang mereka sayangi ini.Blog ini juga lambang kecintaan kami sekeluarga kepada Parti Islam Semalaysia.Keluarga kami secara keseluruhannya merupakan penyokong tulin Pas sejak turun temurun,Pas Bako he..he..
Ayahanda dan Bonda Ambo hanyalah penyokong kecil Pas yang tidak mempunyai jawatan penting dalam parti.Walaubagaimanapun Ayahanda Ambo merupakan salah seorang pengasas Pas Ranting Beris Pak Abu,kalau tak silap Ambo ditubuhkan sekitar pertengahan atau lewat tahun 60an.Komitmen kedua orang tua Ambo pada parti cukup tinggi.Ceramah mana yang mereka tidak redahi,majlis ilmu mana yang mereka tidak gagahi.Pernah satu ketika mereka bersama penduduk kampung Ambo menaiki bot nelayan ke Setiu hanya untuk mengikuti ceramah oleh Dato' Asri yang ketika itu Yang Dipertua Agong Pas.Begitu juga ketika FRU menembak gas pemedih mata dalam teragedi hitam di Kg Keluang,Besut.Walaupun masih kecil Ambo masih ingat betapa gembiranya Ayahanda membantu jentera pilihanraya ketika PRU berlangsung.Ayahanda begitu sibuk berkempen dan memasang poster sebagai sumbangan kecilnya untuk parti.Kadang kadang Ambo pun di bawa sama walaupun Ambo tidak mengerti apa apa ketika itu.Syabas Ayahanda dan Bonda,syabas perjuangan yang Ayahanda pilih ini sememangnya perjuangan yang benar syabas Ayahanda dan Bonda.Ambo sanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan kalian.Terima kasih kerana membimbing dan memperkenalkan kami adik beradik pada Parti Islam Semalaysia.Terima kasih Ayahanda dan Bonda,terima kasih banyak banyak.
Bukan sedikit cabaran dan dugaan yang mereka terima kerana menjadi Ahli Pas ketika itu.Mereka tidak pernah menerima apa apa bantuan yang disediakan kerajaan bagi membantu orang melayu.Bahkan nama orang tua Ambo dicicirkan dari senarai penggantian balik tapak rumah bila kerajaan mengambil tanah kami untuk projek Pangkalan Tentera walaupun rumah kami terlibat.Mereka tidak rela mengisi borang UMNO hanya kerana tanah yang sekangkang kera,mereka tidak rela meninggalkan Parti Islam Semalaysia hanya kerana harta yang tidak mempunyai apa apa nilai di dunia saki maya merca yang pada ini.Sungguhpun begitu hasil dari penat jerih memerah keringat dapat juga mereka menunaikan fardhu haji dan meninggalkan sedikit harta untuk anak anak.Terima kasih tidak terhingga Ayahanda dan Bonda.Rezeki di tangan Tuhan bukan di tangan UMNO.AL-FATIHAH BUAT KEDUA ORANG TUA AMBO SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:Berita Lucu Dari Afrika ha..ha..ha..

Afrika belajar daripada Malaysia cara tangani rasuah
27/07/2009 5:14pm

KAMPALA 27 Julai - Malaysia telah berkongsi pengalamannya menangani rasuah termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan negara-negara Afrika dalam Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) yang sedang berlangsung di Munyonyo di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman Malaysia itu disampaikannya menerusi salah satu sesi dialog bersama ketua-ketua kerajaan yang menyertai Global 2009 hari ini.

"Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesatu yang jijik dan perlu disemai dalam jiwa masyarakat. Ini kita bincang secara terbuka," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Global 2009 di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang bermula semalam hingga esok. - Utusan

Ya berita lucu dari Afrika.Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.Bagaimana mungkin seorang guru yang tak pandai membasuh beraknya sendiri ingin mengajar anak muridnya membasuh berak ha..ha.. ha..wooo.Malaysia yang masih bergelumang dengan isu rasuah termasuk yang berprofile tinggi ingin mengajar sebuah negara lain.Mana mungkin.Ketika PRK Manek Urai yang lalu berbagai kemudahan kerajaan termasuk syarikat GLC di gunakan.Semua orang tahu,woi bukankah itu juga rasuah untuk membeli undi.Sebagai warga Malaysia kita lebih mengetahui keadaan negara kita.Tepuk dada tanya selera.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: Panduan Dan Peta Bagi Peserta Demo Mansuhkan ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

http://dppwp.files.wordpress.com/2009/06/stiker-isa.png?w=468&h=166

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan


1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:

Zamri lawan Nizar: Tok Guru jawab kenyataan pimpinan UMNO


KOTA BHARU 27 Julai: "Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.

"Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.

Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.

Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.

"Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan," kata beliau.
siasahdaily

Zamri lawan Nizar: Khairy Setuju Jumpa Pemuda Pas




Pergerakan Pemuda UMNO bersetuju untuk mengadakan wacana bersama Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) bagi membincangkan Adakah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Syariat Islam.

Ketua DPPP Nasrudin Hassan Tantawi berkata, persetujuan berkenaan telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin melalui surat kepada DPPP.

Katanya sehubungan itu, DPPP telah menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bagi membincangkan mengenai tempat, masa dan tarikh wacana berkenaan akan dilakukan.

"Kita telah menerima jawapan persetujuan untuk mengadakan wacana ini daripada pihak Pemuda UMNO, maka menysuarat kami pada pagi tadi membentuk satu jawatankuasa teknikal yang diketuai oleh Kamaruzzaman Mohammad bersama dua anggotanya dan salah seorang daripadanya adalah Suhaizan Kaiyat.

"Mesyuarat kami juga bersetuju untuk menghantar surat bagi menyatakan pembentukan jawatankuasa teknikal kepada Pemuda UMNO dan meminta supaya pemuda UMNo menamakan seorang moderator dan kami juga akan menamakan seorang moderator yang akan menjadi pengerusi kepada jawatankuasa teknikal ini," katanya.

Sebelum ini DPP menjemput Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polimik di negara ini.

Nasarudin menyerahkan surat jemputan berkenaan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mewakili Khairy di lobi Parlimen 1 Julai lalu.

Terdahulu, jemputan DPPP ini menimbulkan pergeseran di kalangan Pakatan Rakyat yang tidak menyenangi jemputan berkenaan kerana tidak dibincangkan terlebih dahulu dalam Pakatan.

Thinking of life

Zamri lawan Nizar: Blogger perlu etika buat laporan-Khalid Ibrahim


SHAH ALAM, 26 Julai :- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri sangat mengalu-alukan laporan dibuat bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta yang menyeleweng.

"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan sahaja menulis dalam blog saja tetapi membuat laporan kepada pihak yang boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri.

Penyelewengan ini dikaitkan dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock baru-baru ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam.

Blog berkenaan mendedahkan dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewengan yang melebihi 300 buah projek kecil yang bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan exco terbabit.

Beliau menambah, ada laman blog diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan berharap setiap penulis blog mempunyai etika supaya maklumat yang dikemukan adalah benar.

"Kita pantau. Kalau betul dakwaan benar-benar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu.

"Kerana mereka dianggap sebagai kumpulan yang menghormati kebebasan media dan keadilan kepada masyarakat," beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran Pesta buku negeri Selangor pada tahun ini bakal menarik 200,000 orang pengunjung dan 114 buah penerbit bakal menyertai Pesta Buku yang diadakan sejak 24 Julai lalu hingga 3 Ogos ini.

"Penyertaan para penerbit buku menunjukkan peningkatan yang berlipat kali ganda pada Pesta Buku ini. Di mana pada tahun 2006, tidak lebih daripada 40 penerbit yang menyertai Pesta buku," ujarnya.

Katanya, dengan cara ini, usaha kerajaan Negeri untuk memningkatkan tahap pembacaan di kalangan rakyat negeri ini menunjukkan peningkatan khasnya masyarakat di sekitar Shah Alam terutamanya di Selangor.

Harakahdaily/-

Benarkah batu terapung dalam peristiwa israk mikraj

Di ambil dari blog Ustaz Zamri untuk pengetahuan semua..

Diolah oleh A.A.

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet.

Gambar PALSU 1

Batu Terapung PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (Eh..? Kan terapung tu ustaz..? )

Gambar PALSU 2

Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?

Gambar PALSU 3

Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?

Gambar PALSU 4

Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?

Gambar Palsu 5

Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..

Jadi.. Mana yang ASLInya..?

___________________________ …

Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Gambar Terkini Dan Sahih Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Satu lagi gambar SAHIH. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

P/S: Anda mungkin ada pengalaman ke bumi Palestine.. Kongsikanlah bersama kami..

Terima kasih buat antum semua yang sudi menziarahi halaman Qhazanah, ada buah tangan menanti. Dapatkan wallpaper sempena menghayati sejarah Isra’ Mikraj.

http://cucuawangteh.blogspot.com

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....