Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 3 Disember 2011

Panas !!! Bung Moktar Terus Desak Shahrizat Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”

“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.

“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.

Umno Tidak Berhak Desak Tok Guru Nik Aziz Letak Jawatan

 KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.

Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata ianya juga menunjukkan betapa Umno gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.

"Kita ingin bertanya kepada perwakilan Umno Kelantan ini, atas dasar apakah Menteri Besar Kelantan diminta berundur? Jika atas faktor umur, tidakkah mereka yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan serta jauh lebih muda dari Nik Aziz lebih layak untuk berundur?

"Tidakkah Mohd Afandi membaca Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan duit kerajaan yang berlaku di bawah pentadbiran individu yang kononnya lebih muda,"soalnya.

Menurut beliau lagi, tindakan Afandi membandingkan Tuan Guru dengan Tun Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah berundur membayangkan kejahilannya terhadap sejarah Umni sendiri.

Menurutnya, kedua-dua bekas perdana menteri itu berundur bukan atas desakan pembangkang tetapi atas desakan dalaman Umno sendiri setelah mereka gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihanraya.

"Tun Mahathir berundur setelah sokongan Melayu kepada Umno merosot dalam pilihanraya umum 1999 dan Tun Abdullah berundur setelah Barisan Nasional gagal mendapat dua pertiga majoriti di dalam parlimen dalam pilihanraya umum 2008.

"Adapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz, semakin disayangi dan disanjungi oleh rakyat Kelantan berbanding dengan Afandi sendiri yang pernah kalah kepada seorang calon wanita di dalam pilihanraya umum 2008 untuk kerusi parlimen Rantau Panjang," katanya.Justeru, beliau berkata desakan Umno Kelantan tidak perlu dilayan oleh kepimpinan kerajaan negeri.

Demi nepostisme, Umno khianati Melayu

Disebalik keangkuhan mentohmah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Khalid Jaafar mendedahkan, Umno sebenarnya parti yang
mengkhianati Melayu.

“Umno kononnya pembela nasib Melayu tapi sebenarnya merekalah pengkhianat perjuangan orang melayu. Ini kerana wang rakyat diseleweng, rakyat dikhianati.

“Apakah ini parti yang akan terus memerintah negara dan membela nasib Melayu?” katanya.

Khalid turut membidas pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana keluarganya terlibat dalam penyelewengan RM250 juta melalui NFC.

“Kerajaan beri dana projek memajukan industri lembu supaya tidak bergantung dengan daging import. Ini tidak, duit itu dilabur untuk beli kondo,” katanya.

Menyeru rakyat supaya sedar pengkhianatan Umno dan menyelamatkan negara dari amalan nepotisme, beliau berkata, Umno ketandusan idea untuk memperkasa Melayu tetapi ligat mengutuk dan memfitnah Pakatan Rakyat.

“Umno menyebabkan krisis rasuah, salah guna kuasa. Ayuh, selamatkan Malaysia dan generasi akan datang cengkaman pemerintah ini,” katanya.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pula menyifatkan, membebaskan negara dari Umno umpama membebaskan Malasia dari rasuah, kronisme dan nepotisme.

“Jika Pakatan Rakyat perintah, sudah pasti sesiapa saja akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan main-main dengan duit rakyat,” katanya.

Sepanjang Perhimpunan Agung Umno dari 29 November sehingga 3 Disember lalu, menyaksikan pelbagai kata nista, tohmahan dan fitnah dilempar terhadap Pakatan Rakyat.Keadilandaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....