Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 25 September 2009

PRK Bagan Pinang | PAKATAN sedia hadapi BN








Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua taktik politik yang dimainkan Umno Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang bakal bermula pada 3 Oktober depan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata Pas mengembleng segenap sumber dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan negeri, dengan sokongan Kelab Penyokong Pas dan badan-badan bukan kerajaan.

“Kita mempersiapkan jentera dari peringkat akar umbi sampai ke peringkat negeri bersama dengan rakan PKR, DAP, Kelab Penyokong Kaum India dan NGO bersama untuk membantu kempen kita bagi memastikan kemenangan calon PR kali ini,” katanya.

Menurut Zulkefly, PKR Bagan Pinang akan menyaksikan pendekatan mendidik rakyat mengenai hak dan kuasa mereka memilih pemimpin yang berwibawa, bebas rasuah dan bertanggungjawab.

Pendidikan politik ini penting bagi menghadapi permainan retorik pembangunan Umno dalam setiap pilihanraya.

Zulkefly menambah pemberdayaan pengundi membuka mata masyarakat kepada manfaat sekiranya orang-ramai melantik pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab.

“Kita tahu Umno penuh tipu muslihat. Masa pilihanraya mereka cuba buat baik, cuba hendak mengambil hati semua rakyat. Masa inilah dia nak bagi macam-macam kepada rakyat tetapi mereka tidak peduli langsung kehidupan rakyat sama ada orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata Umno Barisan Nasional akan membangkitkan isu pembangunan dalam usaha menarik sokongan rakyat.

Sehubungan itu katanya, PR akan mendedahkan kegagalan Umno-BN menjaga kedudukan Bagan Pinang dari destinasi ulung di Selatan Tanahair kepada pekan koboi yang tidak lagi dikenali.

“Ini akan memberi gambaran Bagan Pinang sendiri di bawah Barisan Nasional dan Umno tidak membawa pembangunan yang disebutkan, jadi apakah perubahan yang akan dibawa di sini? Saya fikir rakyat tidak akan lagi memberi kepercayaan,” katanya.

Dari segi persiapan awal, Kamarul berkata Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah menghadapi PRK pada kali ini kerana terdapatnya jentera yang mantap disamping kerjasama erat antara parti komponen Pakatan Rakyat

“Persiapan awal lancar kita hanya tunggu hari penamaan calon, organisasi jentera bergerak persiapan awal dari segi pentadbiran, kerjasama dengan Pas dan DAP bagus bersepakat dan sekarang kita bersedia dengan semangat,” katanya

Menurut Kamarul, PKR meletakkan sasaran mengurangkan majoriti Umno di peringkat Dewan Undangan Negeri. Beliau menambah Bagan Pinang adalah batu loncatan kepada operasi merampas Negeri Sembilan dari BN.

“Akan mengurangakan majoriti Barisan Nasional dan perbezaan hanya 2 atau 3 kerusi termasuk Speaker yang boleh menggugat kerajaan Barisan Nasional.

“Pertama kita mendekatkan jurang kurangkan majoriti Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keduanya membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa sokongan padu yang diberi rakyat kepada PR berterusan dan belum lagi luntur menunjukkan peningkatan memberi semangat kepada kita,” katanya.

Jentara parti DAP turut turun bagi memperkemas persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRK Bagan Pinang.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata tinjauan awal mendapati Umno Barisan Nasional berada dalam keadaan yang amat tertekan.

“Saya rasa Umno lebih tertekan dari kita kerana mereka perlu menang di kawasan ini.Ini merupakan kubu kuat kepada mereka sekiranya mereka kalah ia bukan sahaja memberikan satu implikasi yang besar kepada Umno Negeri Sembilan tetapi Umno Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Siew Fook berkata undi pos merupakan cabaran hebat kepada Pakatan Rakyat memandangkan proses kawalan ketat undi berkenaan memaksa pengundi pos tidak dapat membuat pilihan secara bebas.

“Sama ada mereka boleh membuat satu pilihan secara bebas. Saya yakin kalau undi pos ini diberikan satu kebebasan kepada mereka untuk memilih saya yakin bahawa tentera pun ada ramai yang akan menyokong kita,” katanya.TVA

Kebal sangatkah BN berbanding LDP Jepun? | Nizar News



Kelemahan dan kesilapan BN sepanjang 54 tahun memerintah jauh lebih melayakkan ia diturunkan dari tampuk kuasa berbanding LDP. Kalau rakyat Jepun boleh, mengapa Malaysia tidak boleh?

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

Dalam pilihan raya umum Jepun 30 Ogos lalu, Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Yukio Hatoyama berjaya menguasai parlimen, sekali gus menamatkan hegemoni kuasa Parti Liberal Demokratik (LDP) selama 54 tahun. DPJ dilaporkan memenangi 308 daripada 480 kerusi Dewan Rendah dan 117 daripada 240 kerusi Dewan Tinggi yang dipertandingkan.

Kemenangan itu menyaksikan peralihan arah undi sangat besar memandangkan sebelum Parlimen dibubarkan Julai lalu LDP menguasai 303 kerusi berbanding DPJ dengan hanya 112 kerusi. Keputusan dua minggu lalu membuka laluan kepada DPJ membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan LDP pimpinan Perdana Menteri, Taro Aso.

Bagi sebahagian rakyat negara ini, terutama khalayak Pakatan Rakyat, kejayaan sebuah parti pembangkang menumbangkan sebuah parti yang telah membina kekuatan sebegitu lama di tampuk kuasa adalah inspirasi amat bermakna.

Tidak syak lagi kemenangan bergaya DPJ itu bakal menyemarakkan lagi kebangkitan parti-parti pembangkang untuk menimpakan nasib serupa kepada Barisan Nasional (BN) selaku parti tua yang masih bergayut di dahan kuasa negara ini.

Satu keyakinan cuba dibentuk bahawa jika seramai 103 juta rakyat Jepun yang keluar mengundi dua minggu lalu sanggup menyingkirkan sebuah parti yang memerintah mereka sejak 1955, apalah sangat kebalnya BN sehinggakan rakyat negara ini masih mahu mengekalkan pemerintahannya yang seusia dengan LDP itu?

Apatah lagi sebab-musabab utama yang mendorong kejatuhan LDP itu banyak persamaan dengan punca kemuakan dan penolakan rakyat Malaysia terhadap BN mutakhir ini. Menurut beberapa analisa disiarkan media, punca utama kekalahan LDP antara lainnya ialah kerana pergolakan dalaman parti itu yang berpanjangan.

Sejak kegagalannya mendapat undian majoriti di Parlimen berhubung isu ekonomi pada 1993, parti itu terus bergolak sehingga menyebabkan kerap berlaku pertukaran pucuk pimpinannya.

Kegagalan LDP menangani isu-isu ekonomi melunturkan keyakinan rakyat Jepun terhadapnya. Kadar pengangguran yang tinggi, karenah birokrasi dan pembaziran dalam perbelanjaan negara antara yang mendorong penolakan rakyat negara itu terhadap LDP. Hakikat itu tidak begitu berbeza dengan negara kita.

Rakyat Jepun juga dikatakan yakin dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi dan pembaikian hidup ditawarkan DPJ. Dalam kempennya parti itu memberi jaminan untuk meletakkan kepentingan orang awam lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai perniagaan (tauke) serta kuasa birokrasi dan perniagaan besar (korporat).

LDP turut menjanjikan pemberian elaun tunai untuk membesarkan anak, pendidikan sekolah tinggi percuma, gaji pokok lebih tinggi, pemotongan cukai petrol dan menamatkan bayaran tol di lebuh raya.

Sebahagian agenda itu juga senada dengan apa yang kita dengar dilaungkan rakyat negara kita. Justeru, jika faktor dan dorongan itu mampu menumbangkan sebuah kuasa di Jepun, mengapa tidak di negara kita?

Apatah lagi BN bukan setakat berhadapan krisis keyakinan rakyat atas isu ekonomi seperti dihadapi LDP. Mutakhir ini BN bermasalah dalam hampir segala aspek, membabitkan isu agama, perkauman, politik dan sosial.

Wajar juga diingat betapa perbezaan dari segi pencapaian ekonomi LDP berbanding BN adalah ibarat langit dengan bumi. Di sebalik kepincangan dan kelemahan pemerintahan LDP, parti itu berjaya memartabatkan Jepun sebagai negara maju dan disegani dunia.

Jepun membangun dari sebuah negara yang hancur lumat ekoran perang menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia. Jika kejayaan sebegitu besar pun tidak menjadikan LDP kebal di mata rakyat, apakah kekebalan yang ada pada BN?

Perbezaan juga sangat ketara antara kedua-dua parti pada sikap kebertanggungjawaban pemimpin masing-masing. Selama tempoh 54 tahun pemerintahan LDP, Jepun dipimpin 23 Perdana Menteri (PM). Bagi tempoh sama kekuasaan BN (sejak 1955 juga), Malaysia hanya dapat enam PM.


Tempoh khidmat setiap PM Jepun sangat pendek. Kebanyakannya tidak menjangkau tiga tahun. Tokoh paling lama menjadi PM ialah Eisaku Sato. Itu pun tidak sampai lapan tahun. Beliau berkhidmat antara 9 Nov 1964 hingga 7 Julai 1972 sebelum bersara.

Manakala khidmat paling singkat ialah oleh Sosuke Uno. Beliau hanya menjadi PM Jepun selama dua bulan dari 3 Jun hingga 10 Ogos 1989 sebelum mengundurkan diri.

Hanya seorang PM diganti kerana meninggal, dua dijatuhkan menerusi undi tidak percaya, manakala dua ditewaskan menerusi pilihan raya. Selebihnya sama ada mengambil keputusan bersara atau berundur secara terhormat apabila kepimpinannya mendatangkan masalah buat negara. Bandingkan saja dengan kedegilan para pemimpin BN bergayut di kerusi masing-masing?

Seperkara lagi, LDP tidak menggadai bahasa ibunda Jepun semata-mata demi mengejar kemajuan dan capaian teknologi. Tiada program mengajar anak-anak sekolahnya Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, sebaliknya orang Inggeris yang mahu belajar teknologinya yang mesti belajar bahasa Jepun.

Ertinya, kelemahan dan kesilapan BN sepanjang 54 tahun memerintah jauh lebih melayakkan ia diturunkan dari tampuk kuasa berbanding LDP. Kalau rakyat Jepun boleh, mengapa Malaysia tidak boleh?detikdaily

Pas tetap komited bersama PAKATAN | Nizar News




KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
"Oeh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.-mna_harakahdaily

Pas akan kembali gemilang di Kawasan Besut | Nizar News



dari kanan, Dr. Mujahid, Haji
iskandar dan Wan Azhar, dihujung sekalai Dato' Ustaz Hussein Awang


Haji Hassan, Timbalan YDP
Besut menyantuni kehadiran Dr. Mujahid


Jerteh, BESUT – PAS Kawasan Besut bertekad mengembalikan kegemilangan parti Islam tersebut di kawasan Besut dengan mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke 13 akan datang.

Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata demikian ketika memberikan respon atas cabaran yang dibuat oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa ketika berucap di Majlis Eidul Fitri PAS Besut.

Beliau yang ditemui Buletinonline berkata, kehadiran dua tokoh dari Pantai Barat, Haji Iskandar Abdul Samad (Exco Kerajaan Selangor) dan Ahli Parlimen Parit Buntar itu telah menyemarakkan semangat juang dikalangan ahli dan penyokong PAS.

Pada masa yang sama, kata Ustaz Wan Azhar, orang ramai yang hadir amat brtuah kerana dapat mendengar dan memahami perkembangan dan isu politik terbaru dari dua negeri, Selangor dan Perak.

Sehubungan itu, Haji Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, isu Selcat yang sedang hangat sekarang sebenarnya adalah isu remeh yang diperbesarkan oleh media.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memanggil satu mesyuarat bagi mengambil kata sepakat dalam isu berkenaan.”InsyaAllah, ia akan dapat diselesaikan, satu mesyuarat yang melibatkan semua pihak akan diadakan pada Isnin ini (28 Sept), khusus untuk membincangkan isu Selcat,”katanya kepada Buletinonline.

Sebelum itu, Ustaz Wan Azhar dalam ucapan aluannya berkata, kunjungan yang tidak putus-putus orang ramai ke majlis tersebut menandakan satu isyarat yang jelas dari rakyat terhadap suasana dan perkembangan politik yang berlaku.

Buletinonline dimaklumkan, Majlis yang diadakan di pekarangan pejabat PAS Kawasan Besut tersebut telah dihadiri lebih 3000 orang pengunjung sejak jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.buletinonline

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....