PULAU PINANG: Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan
Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan
pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri
Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh
peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin (gambar).
Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun membantah dengan menyatakan beliau bukan sebagai saksi pakar. Beliau menyatakan bahawa menurut pandangan beliau Mat Indera adalah seorang komunis.
Beliau bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah menemui sebarang bukti bahawa Mat Indera ada memegang kad keahlian Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau juga menyatakan bahawa komunis mempunyai perancangan besar untuk menegakkan negara komunis di seluruh dunia. Beliau juga mengakui negara ini dijajah oleh British meskipun Utusan cuba mengambil pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British
Apabila tiba giliran beliau disoal balas oleh Hanipa, peguam Mat Sabu itu memulakan soalan beliau dengan bertanya kepada Rahim Noor adakah dia sedar Mat Indera adalah seorang guru agama dan tahu berbahasa arab dan beliau mengakui perkara tersebut. Hanipa juga bertanya.
Hanipa: Maaf saya bertanya Tan Sri, apakah tahap pendidikan agama Tan Sri?
Rahim: Saya tidak belajar tinggi agama, hanya sekolah pondok.
Hanipa: Pondok mana dan sampai tahap mana Tan Sri?
Rahim: Pondok di Melaka sampai darjah 3 kalau tidak silap..pondok tu pun dah tak ada lagi.
Hakim: Sekolah pondok ke sekolah agama sebelah petang?
Rahim: Sekolah agama petang..
Hakim: Itu bukan sekolah pondok!
Hanipa: Jadi Tan Sri saya kata sekarang ini situasinya Mat Indera adalah seorang guru agama, ada pendidikan tinggi agama, tahu bahasa arab dan Tan Sri pula pendidikan agama yang rendah, setuju dengan saya kefahaman agama Islam Mat Indera lebih baik dari Tan Sri?