Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 11 Julai 2011
Gambar : Bukti Akhbar Pencacai Umno Pembohong Besar !!!
Gempar !!! Timbalan Menteri Sokong Bersih 2.0 ???
Bersih 2.0 : Umno Usah Bohongi Rakyat
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Pemimpin dan media pro Umno perlu menghentikan pembohongan dan putar belit berhubung himpunan Bersih 9 Julai lalu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.
Menurutnya, kenyataan pemimpin Umno dan laporan medianya khususnya Utusan Malaysia sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas.
"Mereka berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13," katanya.
Media umno pula ujarnya cuba memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku keganasan.
Pengamal media pro Umno itu dakwanya sudah melanggar etika laporan kerana melaporkan secara prajudis dan fitnah.
"Sehingga lupa laporan mereka sudah tidak layak hidup di zaman langit terbuka, Ia hanya layak berada di zaman Ashabul Kahfi," katanya lagi.
Beliau merujuk kepada beberapa kenyataan polis yang menafikan berlaku tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin Jalan Pudu dan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
"Bila polis memberi tahu dalam media mereka tidak ganas, tidak ada tembakan di kawasan hospital Tung Shin Jalan Pudu, maka secepat kilat media menjawab penipuan mereka melalui media baru yang diluar kawalan BN.
"Kita menasihat pemimpin dan media pro Umno hentikanlah penipuan kamu. Jangan menambahkan arkib pembohongan kamu di persada politik negara ini," katanya lagi.
Beliau juga turut menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menambahkan lagi rekod-rekod kotor dan jijik kepada generasi akan datang.
"InsyaAllah segala keganasan polis dan penipuan media akan menjadi saksi kepada anak cucu rakyat Malaysia akan datang.
"Kesemua ini sudah direkod di dalam media baru yang menjadi mimpi ngeri Umno pada masa akan datang," tegasnya.Hrkh
Lebih 100 000 Pengguna Facebook Mahu Najib Letak Jawatan
Hanya 48 jam selepas identiti itu diwujudkan, sudah 123 114(Setakat Jam 3.00pm ,rujuk imei diatas ) menyokongnya dengan menekan butang like (suka).
Malah jumlah itu sudah melepasi sasaran 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Najib semalam berkata, ramai rakyat yang digelarkannya sebagai "majoriti senyap" itu mendiamkan diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati.
Namun katanya, kini sudah tiba masanya bagi mereka berhenti dan menyuarakan pandangan masing-masing.
Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan Bersih 2.0, sebagai landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.
Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.
Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.
Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya, lapor Malaysiakini.
Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.
Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.TVS(Dengan Sedikit Edit)
[ Kemaskini Video ] Bersih 2.0 : Mahfuz Omar Dan Salahuddin Ayub Akan Saman Polis
Mahfuz berkata KL Sentral bukan kawasan larangan yang dikenakan ke atas 91 individu termasuk mereka berdua.
“Kami melihat ini tahanan yang tidak sah, dari sudut perundangan dan bercanggah dengan perintah mahkamah.
“Dan, sebagaimana telah kami katakan tindakan (menahan kami) bertentangan dengan undang-undang dan malangnya apabila kami ditahan, polis hanya mengatakan sama ada kami sedar adanya perintah mahkamah melarang kami memasuki Kuala Lumpur, seolah-olah kami ditahan kerana bertindak bertentangan dengan perintah mahkamah,” kata Mahfuz selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Sri Petaling hari ini.TMI