Seorang siswi
dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti NurulPiteriah
yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam
tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.
Menurutnya
yang juga lebih dikenali Yuyu Luna di laman sosial facebook, beliau
menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya
dalam himpunan itu.
Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan
20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya
ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).“Sebab ada berlaku
penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.
“Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.”, ceritanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.