Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 14 Mei 2012
PRU13 : Pakatan Rakyat guna manifesto bersama
PETALING JAYA – Hanya satu manifesto akan digunakan oleh parti di bawah
Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sudah
menyenaraikan isi manifesto PR dan akan turun padang ke beberapa kawasan
bagi menjelaskan isi manifesto itu.
“Mesyuarat PR hari ini adalah memfokuskan beberapa isu antaranya
meneliti isi manifesto yang akan dibawa PR dalam PRU13 ini dan persiapan
bagi pilihan raya ini.
“Walaupun negeri-negeri lain mempunyai dan menambah manifesto lain,
namun kita akan tetap guna hanya satu manifesto yang telah dipersetujui
pemimpin PR.
“Kita juga akan menjelajah ke beberapa buah negeri untuk menjelaskan
mengenai manifesto dan perubahan yang di bawa oleh PR,” katanya selepas
mempengerusikan ‘Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat’ di ibu
pejabat PKR, hari ini.
Tambah beliau, kemungkinan ada penambahan dalam manifesto di peringkat negeri mengikut keperluan masing-masing.
Mengenai pembahagian kerusi dalam PR, Setiausaha Agung Pas, Datuk
Mustafa Ali berkata, ia sudah hampir untuk dimuktamadkan dalam tempoh
terdekat.
“Saya boleh katakan ia sudah sampai tahap 90 peratus. Kita akan adakan
mesyuarat terakhir mengenai pembahagian kerusi tidak lama lagi selepas
itu senarainya akan dapat disiapkan.
“Saya tidak boleh beri tarikh yang tepat tapi ia akan dibuat dalam tempoh kurang seminggu,” katanya Mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu turut dihadiri Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Pada mesyuarat yang sama, PR turut memberi fokus kepada beberapa isu
lain antaranya Bersih 3.0 dan senarai pengundi dalam sistem Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).Keadilandaily
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009