Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 Mei 2010

Bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Ashaari Muhammad, pengasas pergerakan Al-Arqam, pertubuhan yang diharamkan 16 tahun yang lalu, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Ipoh, petang ini.
Allahyarham Ashaari, 72, (gambar) yang mengidap jangkitan paru-paru meninggal dunia kira-kira 2.10 petang tadi.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Pilin, Rembau di Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.
Seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein, 57, berkata, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada.
Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata, Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.
“Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan,” kata Marzuki kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di sini.
Marzuki yang dipetik Bernama berkata, rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Lulus Lesen Judi Bola,Harussani Bidas Najib

SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

Liwat II: Saiful Tidak Basuh Dubur Selama Dua Hari


KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak membasuh duburnya selama dua hari kerana mahu menyimpan bukti kukuh selepas mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Saiful, 25, mengakui dia tidak mandi selepas diliwat Anuar pada 26 Jun 2008.
Menjawab pertanyaan Karpal Singh yang mewakili Anwar berkata, dia hanya mandi sepenuhnya pada pagi 26 Jun dan hanya ‘membilas’ duburnya selepas diliwat.
Tambahnya, dia tidak mandi dan tidak membasuh dubur selepas kejadian itu kerana mahu menyimpan bukti kukuh.
Mengenai sebab dia tidak membuat laporan polis, katanya mahu mendapatkan nasihat daripada beberapa pihak sebelum berbuat demikian.
“Saya mahu mendapatkan nasihat kerana ia melibatkan maruah saya,” kata Mohd Saiful, yang merupakan saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan berhubung kes liwat berprofil tinggi hari ini.

Krisis Istana Kelantan: Laporan panel doktor bawa penyelesaian?


KUALA LUMPUR, 13 Mei — Krisis Istana Kelantan yang berlarutan sejak setahun lalu dijangka bakal berakhir apabila panel perubatan 10 anggota mengemukakan laporan mereka dalam waktu terdekat, demikian kata seorang tokoh politik veteran Kelantan.Difahamkan laporan akan selesai dalam waktu terdekat ini.“MPN (Majlis Perajaan Negeri) juga perlu melihat kepada beberapa implikasi.
“Jadi, pada peringkat ini laporan panel perubatan terlebih dahulu akan menentukan tahap keupayaan baginda sebelum menjadi penentu dari segi undang-undang sama ada Sultan Kelantan masih berupaya memerintah ataupun sebaliknya,” kata bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Omar Mohamad.
Mengulas mengenai peranan dan kuasa MPN dalam usaha menangani kemelut semasa, Omar berkata, mana-mana perlembagaan tidak pernah menyediakan jalan singkat untuk menyelesaikan sesuatu isu demi keadilan dan kebaikan semua pihak. Panel 11 pakar perubatan yang dilantik kerajaan negeri telah memeriksa dan menilai Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra (gambar) minggu lalu dan dijangka menyediakan laporan mereka dalam waktu terdekat.
Panel itu memeriksa Sultan Ismail yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selama lima hari dengan kawalan ketat pasukan polis termasuk anggota dari Unit Tindakan Khas.
Rancangan untuk membawa Sultan Ismail ke Singapura untuk rawatan susulan terhalang dan kemudian dimasukkan ke HUSM pada 4 Mei lalu.

Kes Liwat 2 DS Anwar, Laporan Sesi Pagi

KUALA LUMPUR 13 Mei - Saksi utama yang juga pengadu dalam kes fitnah 2 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat.

Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah.
Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap.
Laporan bertarikh 15 Ogos 2008 ini adalah berdasarkan sidang akhbar yang diadakan oleh Saiful selepas beliau bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia diliwat oleh Anwar.
Selepas Saiful selesai membaca laporan Malaysiakini yang agak panjang itu, Karpal bertanya: Adakah laporan itu betul?

Judi bola sepak: PAS, PKR DAP bantah keras

KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS, PKR dan DAP walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa sepakat membantah keras judi bola sepak yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.

Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Semalam, media melaporkan, Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap.

Umno undur ke belakang - PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri, katanya dalam satu kenyataan.

Kartunis Sweden hina Nabi diserang

STOCKHOLM - Kartunis Sweden, Lars Vilks, yang mencetuskan kemarahan penganut Islam kerana melukis karikatur Nabi Muhammad, diserang seorang lelaki ketika sedang menyampaikan syarahan mengenai kebebasan bersuara di sebuah universiti.

Rakaman video disiarkan laman-laman web akhbar tempatan menunjukkan aksi orang ramai memarahi Vilks dalam dewan kuliah University Uppsala, 70 kilometer dari Stockholm.

Seorang anggota polis kelihatan menggunakan penyembur lada ke arah seorang lelaki.Vilks mendakwa diserang oleh seorang lelaki, yang duduk di barisan hadapan, dengan menggunakan kepala.
"Dia menyerang saya menggunakan kepala. Saya terjatuh dan cermin mata saya hilang," katanya. Imbang PenuhRakaman video selepas serangan menunjukkan dewan kuliah dipenuhi berpuluh-puluh orang yang sedang memekik marah.
Media Sweden melaporkan insiden berlaku apabila Vilks mula menayangkan video yang memaparkan imej seksual dan agama.SH

Liwat 2 : Kenalan Rapat Najib, Rosmah Didakwa Terlibat Dalam Konspirasi

KUALA LUMPUR 12 Mei - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga jam 8.30 pagi esok selepas peguambela Karpal Singh memohon tempoh masa bagi menyediakan hujahan lengkap
Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tidak membantah permohonan tersebut.
Perbicaraan yang terhenti selama sejam bersambung kira-kira pukul 3.30 petang dengan hakim memanggil barisan peguambela dan Peguamcara Negara II ke kamarnya.
Lima minit kemudian mereka keluar bagi menyambung perbicaraan.Saiful yang duduk kembali di kandang saksi telah disoal oleh peguambela sama ada dia faham akan kebenaran kesaksiannya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....