Seorang
remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya
ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal
pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap. Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang
menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui
sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat
penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing
berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan
20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh.
ps/: mempertahankan harta masjid memang tanggungjawab semua masyarakat islam,tapi tak perlu sampai membunuh.
ps/: mempertahankan harta masjid memang tanggungjawab semua masyarakat islam,tapi tak perlu sampai membunuh.