KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta setahun bagi menyewa pesawat untuk kegunaan Perdana Menter (PM).Selain itu sebanyak RM5.5 juta dikeluarkan bagi tujuan penyelenggaran pesawat jet VVIP tersebut.
Ketika
menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan dalam
tempoh tiga tahun dari 2010 kerajaan telah berbelanja RM86.4 juta untuk
kos sewa pesawat, RM16.515 juta bagi penyelenggaraan dan RM3.32 juta
untuk penambahbaikan jet tersebut.
Mengulas perkara itu, Kor Ming, dalam tempoh tiga tahun kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi kegunaan PM.
"Sebagai
bandingan rakan sejawat PM di Singapura, Lee Hsien Loong, beliau hanya
menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan luar
negara dan ini menjimatkan wang rakyat.
"Teladan ini haru
dicontohi oleh PM untuk membuat pertimbangan menaiki tiket kelas pertama
Penerbangan Malaysia (MAS) dan bukannya pesawat jet mewah," jelasnya
pada sidang media di lobi Parlimen.
Katanya lagi, ketika Malaysia
mengalami defisit 17 tahun berturut-turut dan ledakan hutang negara
sehingga mencecah paras RM516.3 bilion, kerajaan Barisan Nasional (BN)
disaran menunjukkan teladan baik berhemah dari segi pengurusan kewangan.
"Pada tahun ini kerajaan terpaksa mengemukakan belanjawan tambahan sebanyak dua kali di parlimen kerana kegawatan kewangan.
"Jumlah
defisit kerajaan tahun ini sahaja sebanyak RM69.2 bilion, jadi atas
angka yang merunsingkan kita ini PM perlu mengamalkan perbelanjaan yang
berhemah, jangan membazir," sambung beliau.
Katanya lagi, Ketua
Audit Negara turut menyarankan agar Jabatan Perdana Menteri supaya
mencerminkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
kerajaan.Hrkh