BEBAS... Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan Muslim Ahmad ,54, (kanan) yang didakwa menghina Sutan Perak dengan menghantar komen yang jelek sifatnya melalui laman web. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR, 21 Jun - Selepas empat hari dibicarakan, seorang peniaga hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan iaitu menghantar komen yang bersifat jelek terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui portal di internet.
Hakim Komathy Suppiah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi yang memanggil 10 saksi, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muslim Ahmad, 54.
Muslim yang menghadapi tiga pertuduhan pindaan menghantar komen yang jelek sifatnya melalui portal negeri iaitu www.perak.gov.my.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.21 petang, 7 Feb tahun lepas. Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pukul 2.27 petang hari yang sama, dan bagi pertuduhan ketiga dia didakwa melakukan kesalahan sama pada pukul 4.39 petang, 8 Feb tahun lepas.