Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Januari 2011

Pihak tuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Keputusan mahkamah koroner semalam jelas menunjukkan pandangan pihak tertentu khususnya media pro Umno BN bahawa mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri adalah salah.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tohmahan awal oleh pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja salah, namun tidak menghormati pihak keluarga dan keputusan mahkamah.
"PAS mendesak supaya pihak media yang membuat tohmahan sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia amnya dengan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menghormati keputusan mahkamah," gesanya.
Koroner Azmil Muntapha Abas semalam tidak dapat memutuskan sama ada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut sebagai penghakiman terbuka atau "Open Verdict".
Azmil ketika membuat penghakiman berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, mahu siasatan sepenuhnya dibuat dengan menubuhkan suruhanjaya diraja.
"Masa yang lama diambil dalam siasatan koroner telah menunjukkan tidak ada penyelesaian yang konkrit dalam kes ini," tambahnya lagi.
Ekoran itu juga, beliau turut mencadangkan supaya pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan mangsa pada malam kejadian, digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dijalankan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Sementara itu, mengulas isu sama, Presiden Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan turut sependapat dengan pandangan Tuan Ibrahim.

Dokumen Kenyataan YB Dato' Ibrahim Ali Berkaitan Raja Raja Melayu Di Dewan Rakyat Tahun 1993

(Dipetik dari: Penyata Rasmi Parlimen, Jilid II, Bil 67, 18 Januari 1993)


Muka 1/3. Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.


Muka 2/3. Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.


Muka 3/3. Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.

SUMBER

Guan Eng fail saman Utusan Malaysia

GEORGETOWN, 6 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjanji akan menyerahkan semua wang hasil kemenangan tindakan menyaman Utusan Malaysia kepada tabung Program Miskin Tegar bagi mengembalikan hak kepada rakyat yang kuat menyokongnya.

Lim terpaksa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana tidak tahan dengan berita fitnah yang saban hari disiarkan dengan matlamat menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Beliau yang datang tepat pukul 12.00 tengah hari bersama peguamnya, Jagdeep Singh Deo terus di bilik mahkamah bagi memfailkan saman terhadap akhbar berkenaan.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan KeAdiLan supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin erat dalam Pakatan Rakyat.

"Selama ini kita diam sahaja tidak bertindak apa-apa tetapi bila melihat terlalu melampau kita terpaksa mencari jalan untuk saman akhbar itu," tegasnya.Hrkh

[ Kemaskini ] Gambar : Sekitar Majlis Angkat Sumpah SUK Selangor Yang Baru




Foto : Bernama
Sultan Sharafuddin (kiri) menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sah mengikut perlembagaan negeri. — Gambar oleh Choo Choy May

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut tata cara yang ditetapkan.

Perbicaraan Rasuah Khir Toyo 6 Jun Depan

SHAH ALAM 6 JAN : Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo pada 6 sehingga -24 Jun depan.Sebelum itu, kes rasuah terhadap Khir dihadapkan di Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

Timbalan Pendakwaraya Dzulkifli Ahmad kemudiannya meminta kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Khir turut meminta pertuduhan dibacakan semula di depan beliau.Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki kemudiannya membenarkan permohonan tersebut.

Mohtaruddin dalam pada itu melanjutkan jaminan dan jumlah ikat jamin terhadap kedua-dua tertuduh.Mereka diwakili peguam, M Altimulan, Datuk Jaharberdeen dan Adzly Abdul Manaf. TVS


" ISLAM HADHARI TERENGGANU BISTARI ", Akibat Tiada Bilal Masjid Guna Televisyen Laungkan Azan

Gara-gara bilal yang bersara tidak diganti sejak hampir tiga tahun lalu, Jawatankuasa Masjid Jamek Chukai terpaksa menggunakan televisyen untuk memperdengarkan azan setiap kali masuk waktu solat Fardu.

Pengerusi Masjid Jamek Chukai, Abdul Hamid Johari berkata, sejak seorang bilal masjid berkenaan bersara pada Jun 2008, seorang lagi bilal yang ada terpaksa bekerja 24 jam setiap hari.

Menurutnya, keadaan itu juga memaksa mereka meletakkan mikrofon pada televisyen ketika masuk waktu solat Fardu sekiranya bilal terbabit sakit atau berada di luar kawasan.

“Bagi mengatasi masalah ini jawatankuasa masjid terpaksa melantik dua bilal yang kita bayar gaji sendiri dengan wang hasil kutipan derma masjid.

“Keadaan ini agak membebankan dan apa yang kita kesalkan masalah ini berlarutan sehingga ke hari ini sedangkan pada 12 Januari 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri telah mengeluarkan arahan agar jawatan bilal yang kosong itu dipenuhkan segera selepas kita membuat permohonan demi permohonan,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan.

Menurutnya, masalah itu berterusan sehinggalah pada 29 Oktober 2009 apabila Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyatakan tidak dapat menyediakan calon dan meminta jawatankuasa masjid menyediakan calon bilal.

“Akur dengan permintaan itu kita memilih dan menghantar calon pada 20 Disember tahun sama dan pada September tahun lalu JHEAT hantar maklumat calon ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi tujuan lantikan secara kontrak.

"Namun, sehingga sekarang perkara ini rupanya masih tiada penghujung kerana walaupun masuk tahun baru kita masih belum menerima bilal baru,” katanya.

Abdul Hamid berkata, lebih menyedihkan dalam tempoh mereka memohon bilal baru, dua masjid lain yang baru sahaja membuat permohonan dibekalkan dengan imam dan bilal sedangkan masalah mereka seolah-olah tidak diberi perhatian sewajarnya.
Imbang Penuh
“Kami mengharapkan masalah ini tidak hanya dipandang sepi dan diharap proses kemasukan bilal baru dapat dipercepatkan kerana kami sudah terlalu lama menunggu,” katanya.SH

Gempar !!! Bekas Pegawai Kanan Polis Dakwa Bukti Laporan DNA Kes Anwar 1998 Dipalsukan

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Pegawai Penyiasat Polis tragedi mata lebam, Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi meletupkan 'bom' melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.

Dalam surat terbuka kepada Datuk Idris Harun bertarikh 5 Januari 2011 itu, Mat Zain mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah satu pemalsuan.

Dia juga mendakwa dalam surat itu, pemalsuan juga berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa melalui surat terbuka itu, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah satu maklumat palsu atau penyelewengan fakta.

Semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa Mat Zain dalam surat itu.

Bekas pegawai kanan polis itu mendakwa, satu kes prima facie boleh dibentuk terhadap Gani Patail dan orang-orang yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang beliau buat pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja.

"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG’s Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain dalam surat itu.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....