KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan
bahawa jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak
tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik 'rakannya'.
Menurutnya, rakannya itu meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.
“Pemilik jet itu membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Kata Anwar lagi, sebelum menggunakan jet peribadi itu, beliau bertanya dahulu kepada pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) 'rakannya' itu menafikannya.
“Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, “katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa jet tersebut berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.
Katanya lagi, jet tersebut digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur.SH