Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 Februari 2011

Adun Sri Muda Kemuka Bukti Kukuh Umno Khianat, Hina Raja-Raja Melayu

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang kepada saya terlibat sama-sama membahaskan Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari ini.
Tetapi sebelum itu saya memohon untuk diberikan sedikit masa memandangkan hampir dua tiga minggu kebelakangan ini saya tidak mempunyai forum yang cukup untuk membalas hujah-hujah dangkal yang dikemukakan oleh Awang Selamat [Mingguan Malaysia] yang sudah semestinya oleh UMNO dan juga Barisan Nasional.
Pada hari ini Dewan yang mulia kita terpaksa membahaskan Rang Undang-undang pindaan ini, yang mana ianya adalah disebabkan oleh kesilapan yang telah dilakukan oleh pemerintah di zaman Barisan Nasional. Yang mana saya melihat oleh sebab mereka ini ingin mengampu pimpinan-pimpinan mereka di peringkat pusat, akhirnya mereka telah bertindak mengorbankan kuasa DYMM Sultan Selangor dan juga Kerajaan negeri.
Sebelum tahun 1993 Fasal 1 perkara 52 Undang-Undang Tubuh yang pada asalnya dengan jelas memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor bagi membuat pelantikan-pelantikan ke jawatan-jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Fasal 1 yang asal sebagaimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Pindaan ini jelas memperlihatkan melibatkan kepada semua yang berkaitan, iaitu DYMM Sultan Selangor, YAB. Dato' Menteri Besar Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yakni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tidak ada satu pun pihak dalam pelantikan ini yang dikesampingkan.
Kita harus melihat kembali senario yang berlaku pada tahun 1993, yang mengakibatkan pindaan ke atas fasal 1 perkara 52 dibuat, pada ketika itu yang menjadi persoalan ialah berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja dari tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi Baginda seperti mana telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, ianya bukan kerana dengan kuasa Raja-Raja tetapi oleh sebab Barisan Nasional, UMNO di Selangor ingin menunjukkan taat setia yang melampau kepada kepimpinan mereka di peringkat pusat maka mereka bertindak lebih jauh dengan meminda undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
lni sejarah yang dicatatkan, akibatnya kuasa DYMM Sultan dimansuhkan dan menafikan peranan pihak Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan pelantikan tiga pegawai-pegawai utama perkhidmatan awam negeri ini. Jelas di sini mereka terkeliru dengan pindaan di peringkat Persekutuan yang hanya menyentuh kekebalan Raja-Raja Melayu tetapi mereka terlajak menyentuh sehingga ke peringkat membuang kuasa Raja-Raja Melayu.
lni telah mengakibatkan kita di Negeri Selangor ini tiada peranan dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan kita sendiri ini juga jelas dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, yang nyatakan pelantikan tiga pelantikan pegawai ini adalah di dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tanpa perlu mendapat persetujuan ataupun pandangan Kerajaan negeri.
Cara pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini jelas memperlihatkan keegoan, kesombongan dan kebiadaban Kerajaan Pusat dalam urusannya dengan kerajaan-kerajaan negeri terutamanya dengan kerajaan negeri pakatan rakyat di Negeri Selangor.
Tambah memeranjatkan terdapat segelintir daripada anggota perkhidmatan awam di Negeri ini yang sanggup menjadi budak-budak politik mereka di Putrajaya, sedangkan mereka seharusnya bersifat secara profesional, bebas, berkecuali dan setia kepada Kerajaan yang memerintah [dengan izin] mengikut government of the date Kerajaan yang pemerintah pada hari ini. Di sinilah watak-watak si kitol dan juga Raja Mandelia terdedah dan terlihat dengan jelas.

Fitnah Terhadap Anwar Tidak Pernah Terbukti

PETALING JAYA 12 FEB : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menganggap fitnah Umno serta kroni mereka terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak pernah terbukti.
Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa Anwar kini sedang merancang untuk mendapat suaka politik di luar negara.
"Hak mereka untuk buat laporan polis tetapi dah 12 tahun Umno dan (kini) Perkasa untuk memfitnah anwar dan tiada bukti. Mereka tuduh anwar ejen Amerika, ejen teroris Islam, macam-macam," katanya.
Semalam, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifa membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.
Namun bagi Azmin, hal ini remeh dan bukanlah sesuatu yang dipandang berat Pakatan Rakyat.
Azmin menegaskan Pakatan Rakyat lebih menitik beratkan soal kesusahan hidup rakyat dan bukannya fitnah dan cerita bohong seperti ini.
"Ini semua orang yang hilang akal. Kita langsung tak beri perhatian perkara ini. Semua fitnah yang diulang skrip dan watak yang sama.
"Rakyat dah lemas dengan fitnah sebegini. Mereka nak maju ke depan dan ini yang sedang diusahakan PR. Bukan soal kita nak alihkan pandangan. Rakyat sekarang lebih berminat bagaimana nak selamatkan ekonomi. Sebab itu PR perkenalkan pelbagai rancangan ekonomi dalam buku jingga," tegas Azmin.
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa turut memberi komen mengenai cara Umno menggunakan kakaknya Umi Hafilda dan bekas Pembantu Anwar, Rahimi Osman dalam kempen menyebarkan fitnah dan cercaan di bawah nama 'Kempen Selamatkan Selangor'.
Menurut beliau rakyat Selangor lebih bijak dan dapat menilai sendiri kebaikan pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang jauh lebih baik dari kepimpinan selama lebih 50 tahun di negeri ini.

Video : Perletakan Jawatan Hosni Mubarak Disambut Meriah Rakyat Mesir





Tiada kerajaan zalim kekal berkuasa

KUALA LUMPUR: Tiada kerajaan di mana-mana sekalipun yang zalim, korup dan menindas rakyat, akan terus kekal berkuasa, sebaliknya tetap akan jatuh walau apapun juga cara yang digunakan, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Suatu hari kelak tetap akan jatuh, mana-mana negara pun. Kerajaan yang sedemikian, jangan harap boleh kekal sampai bila-bila. Hanya masa yang akan menentukan (kejatuhan sesebuah kerajaan),” katanya merujuk kejatuhan regim Hosni Mubarak apabila ditanya mengenai kesan peristiwa di Mesir itu terhadap Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Cabang Wangsa Maju yang kini diterajui bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, pagi ini. Lebih 100 orang menghadiri majlis sederhana itu.

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah juga menerima 100 borang keahlian baru, selain merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat KEADILAN dan pelancaran Briged Keselamatan bagi cabang berkenaan.

Dr Wan Azizah berkata, kerajaan pemerintah dan rakyat di negara ini harus mengambil iktibar daripada kejadian di Mesir dan tidak menolak peristiwa seumpama itu berulang di Malaysia.

“Kita memanglah tidak mahu suasana huru-hara, sebaliknya parti berharap proses pertukaran kerajaan berjalan dengan baik,” katanya.Keadilandaily

Krisis Mesir : Sah !!! Presiden Hosni Mubarak Letak Jawatan


MESIR: Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.

Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat malam Jumaat (waktu Mesir).

Al Jazeera live di sini : http://bit.ly/A57NH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....