Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 1 April 2012

Mati Ketika Pasang Bendera,Blogger Umno Pembohong Besar !!!

Blog Azmi Awang Kelana Jaya menyatakan 2 orang yang mati terkena kejutan elektrik di Bukit Panau Tanah Merah adalah aktivis Umno.Baca SINI.Untuk besarkan klik imej.
Nama sama,lokasi pun sama.Tapi blog papagomo menyatakan mereka adalah ahli Pas.Baca SINI.Untuk besarkan klik imej.

Kantoi dan sah berbohong !!!!! Aku sendiri pun tidak berapa pasti mereka berdua ni ahli Umno atau Pas.Yang pasti salah seorang dari blogger pencacai Umno diatas berbohong kering2.

Dasar tak tau malu,dalam hal membabitkan nyawa manusia pun mereka masih ingin menabur fitnah.Tindakan yang amat tidak bermoral dan menjijikkan.

Walau apa pun tanpa mengira fahaman politik mereka,Alfatihah untuk arwah.Ceritanya disini.

Video : Sokongan Orang Asli Johor pada BN menurun



BN Johor bakal berdepan risiko susutan sokongan masyarakat Orang Asli Seletar pada pilihan raya umum akan datang jika masalah berkaitan tanah mereka tidak diselesaikan dengan segera.

Jurucakap Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor, Eddy Salim menegaskan pihaknya tidak akan keluar mengundi, sekalipun menyokong BN dalam pilihan raya sejak lima penggal lalu.

Bendera Yang Dipasang Pas Nibong Tebal Dibakar

NIBONG TEBAl – Seluruh ahli Pas di kawasan Nibong Tebal melahirkan perasaan kecewa dan kesal apabila bendera milik parti politik itu dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian yang berlaku selama dua hari berturut-turut itu, sembilan daripada 20 bendera Pas yang dipasang pada 24 Mac lalu telah dibakar dengan masing-masing empat pada 29 Mac, manakala lima lagi pada 30 Mac lalu.

Difahamkan, 20 bendera berkenaan dipasang di sebuah rumah ahli Pas di Tanjung Berembang bertujuan menjadikan rumah terbabit sebagai Bilik Gerakan Unit Peti Undi Pas Tanjung Berembang, di sini.

Yang Dipertua Pas kawasan Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan, berkata, kejadian terbabit disedari oleh salah seorang ahli Pas pada awal pagi 29 Mac lalu.

“Kita amat kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Kami percaya pada hari itu (29 Mac) ia dilakukan sekitar jam 3 pagi sehingga jam 5 pagi kerana sebelum waktu itu kami melihat keadaan bendera masih elok.
“Kami sangka kejadian itu akan berakhir pada malam berkenaan sahaja, namun jangkaan kami meleset kerana ahli Pas kawasan ini sekali lagi dikejutkan dengan kejadian sama pada 30 Mac.

Kali ini, bendera Pas dibakar lebih awal iaitu sekitar jam 8 malam dan seorang ahli Pas menyaksikan sendiri kejadian terbabit,” katanya.

“Perbuatan berkenaan dipercayai dilakukan oleh beberapa remaja lelaki, bagaimanapun mereka sempat melarikan diri selepas seorang ahli Pas menjerit sejurus melihat tindakan itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mahu menuduh sesiapa yang menjadi dalang di sebalik perbuatan itu, tetapi hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Gambar : Ceramah DS Anwar Di Wangsa Maju




Lagi Gambar Solat Hajat Di Padang Perdana Kota Bharu



Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....