KEHILANGAN dan pengkhiantan Ibrahim Ali kepada Pas tidak begitu menyakitkan hati orang Pas. Pas memang sebuah parti bernasib baik. Walaupun tindakan Ibrahim Ali mengencing Pas yang membantunya kembali ke Parlimen dalam pilihan raya umum lalu dengan memberi lambangnya namun itu hanya sebagai rempah ratus politik saja. Ternyata orang Pas marah peringkat awal saja, selepas itu mereka dapat menerima apa yang Ibrahim lalukan
Anihnya juga perasaan marah atas sikap tidak mengenang budi Ibrahim itu ada yang bertukar menjadi simpati. Iya, kalau Ibrahim waras dan sihat mungkin dia tidak akan melakukan apa-apa kerja yang beliau lakukan dari dulu hingga sekarang. Makanya ada yang berdoa agar Ibrahim diberikan kekuatan oleh Allah dan dipulihkan kesihatannya. Amin.
Bukan orang tidak kenal siapa Ibrahim dalam dunia politik. Dia lebih ligat dan licit daripada bola yang dilarikan oleh para bintang handalan dunia dalam pesta piala dunia yang sedang berlangsung kini.