Ibrahim berkata beliau tidak pernah bertemu mahupun bergambar dengan Chew
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari menggelar Pakatan
Rakyat (PR) sebagai ibu segala fitnah selepas gambar presidennya, Datuk
Ibrahim Ali dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew
Mei Fun.
Ibrahim berkata Perkasa tiada kaitan dengan MCA dan beliau sendiri tidak pernah bertemu mahupun bergambar dengan Chew.“PR selalu tuduh pemimpin mereka selalu difitnah tetapi siapa
sebenarnya pemfitnah. Ibu fitnah adalah PR. Mereka sudah bankrap modal
politik.
“Kempen Pilihan Raya Kecil Kajang, puak haprak pembangkang terdesak dan
terpaksa mengedar gambar tipu yang direka kononnya Chew bergambar
dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie menggesa pihak polis dan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan
mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab
mengubahsuai gambar Chew memakai bikini.
Gambar yang diedarkan itu tertulis “Undilah Saya, DUN N25 Kajang” dan memaparkan namanya."Penyokong Pakatan meletakkan martabatnya begitu rendah hanya untuk
PRK. Kaedah keji yang memalukan wanita ini haruslah dihentikan serta
merta," kata Heng.
Ibrahim berkata dirinya dikaitkan dengan Chew adalah bagi mengundang
rasa marah pengundi Cina yang terbiasa menggelar Perkasa sebagai satu
pertubuhan rasis.Katanya, dengan tersebar gambarnya bersama Chew membuktikan pihak pembangkang sangat terdesak dalam kempen politik.