Dalam ucapannya ketika hadir majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan
jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk
oleh parti nasionalis itu beberapa kali.
Abdul
memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990
lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.
"Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah
melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan
dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.
"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.
"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.
"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.
Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.