Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 15 Julai 2009

PAS Menang Tipis Di Manek Urai.Kenapa? Satu Analisis Ringkas.

KEPUTUSAN SETIAP UPU

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi

Sebelum ini ambo ada catat dalam blog ambo yang ambo ambil sumbernya dari PEMUDA KEMEHE,Umno mendahului Pas 200 undi.Nampaknya ramalan itu hampir menjadi kenyataan.Mungkin kejayaan Pas ini di perolehi hasil dari kempen yang agresif di saat saat akhir menjelang hari pengundian.Kenapa PAS menang dengan begitu tipis sekali di Manek Urai? Persoalan ini tentunya mengundang banyak persoalan di kalangan penyokong dan ahli
Pas tidak terkecuali para penganalisis politik.Sebagai sebuah negeri di mana Pas paling kuat dalam dunia perkara ini tidak seharusnya berlaku.

Politik wang? Menurut Datuk Husam Musa Pas hampir tewas disebabkan politik wang yang dibawa oleh UMNO.Walaupun faktor ini tidak boleh di pandang ringan namun ambo ingin melihat dari sudut yang berbeza,yang mugkin terlepas pandang kepada sebahagian dari kalangan kita. Seperti yang kita semua maklum rakyat Kelantan begitu unik dan berbeza dari rakyat negeri lain termasuk perkiraan politik mereka.Sebagai masyarakat yang di iktiraf mempunyai pemikiran politik paling terbuka di Malaysia mereka tentunya sedar akan perkara ini.

Biasanya pilihanraya kecil di Kelantan sering mengecewakan Pas.Contohnya PRK Permatang Pasir,Pas tewas dengan 100 lebih undi dan kembali merampasnya pada PRU yang lalu dengan kelebihan majoriti 2,348 undi.Begitu juga PRK Semerak beberapa tahun lalu,Pas tewas tipis dan kembali merampasnya pada PRU ke 10 yang lalu dengan majoriti lebih 1000 undi.Inilah keunikan berpolitik rakyat Kelantan yang sememangnya sukar di jangka.Begitu juga pada pilihanraya ke 11 yang lalu Pas hampir tersungkur di Kelantan menyebabkan UMNO begitu yakin dapat merampas Kelantan tapi sebaliknya berlaku,Umno hanya diberi 6 kerusi sahaja sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari mereka.Perkara ini tidak berlaku di Terengganu dan Pas hanya mendapat 7 kerusi sahaja.Kita juga tentunya tidak lupa,mereka pernah memberi pukulan maut pada Umno 39-0 pada pilihanraya 1990 yang lalu.Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita dan mungkin di dunia parti pemerintah tewas dengan begitu teruk.Begitu juga pada PRU 1999 mereka hanya memberikan Umno 2 kerusi sebagai tanda ingatan bahawa Umno masih wujud di bumi Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.Lebih menarik lagi pada PRU ke 11 yang lalu Datuk Zaid Ibrahim menang di Kota Bharu lebih 1500 undi.Jika semua undi Dun dalam Parlimen Kota Bharu di ambil kira Pas sepatutnya menang lebih 5000 undi dan Parlimen ini kembali dirampas oleh Cikgu Rahim dengan kelebihan undi 11 288.Perkara yang sama juga berlaku di Parlimen Bachok dan Machang.Sememangnya perkara ini jarang berlaku di kerusi yang mana pengundi melayu melebihi 80% kecuali di Kelantan.

Faktor corak berpolitik rakyat Kelantan ini ambo rasa patut juga di ambil kira.Adakah mereka melawan arus? Tidak,kalau tak percaya tunggu PRU ke13 nanti.Disitulah pertarungan yang sebenar.Sebagai rakyat yang sudah hampir 20 tahun bernaung di bawah Pas mereka tentunya mengenali Umno lebih dari Najib mengenali Tun Razak.Mereka lebih merasa keperitan di anak tiri oleh Umno yang menguasai kerajaan pusat lebih dari penduduk negeri lain.Mereka lebih mengetahuinya.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

PAS menang tipis gara gara politik wang-Husam Musa


Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

"Kita kalah kerana politik wang," katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis.

Sumber:Malaysiakini

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....