Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 10 Januari 2012

Demo 901 : Mana Brahim Ali,Kasihan !! Ahli Perkasa Tertipu Lagi



Oleh WFAUZDIN NS

SEBELUM ini saya sudah banyak menulis tentang Berahim al-kataki Presiden Perkosa ini. Sebelum itu, mari kita baca apa kata sebuah portal pro Umno, Umno-reform2 yang menulis. "Adakah benar Presiden Perkasa, dalam usaha menangani kehadiran mereka yang menyokong Anwar Ibrahim dengan mahu mengadakan perhimpunan Perkasa dan memberi amaran kepada perhimpunan BEBAS – tidak hadir pagi tadi?

Mungkin laporan http://www.malaysiakini.com/news/186093 menipu namun kita perlu tahu hakikat sebenarnya – adakah Ibrahim Ali hadir pagi tadi. Ahli UMNO – perlu jelas dalam mengambil Ibrahim Ali sebagai pemimpin mereka dalam Perkasa(Umno-reform 2).


Jika di dalam media, terutamanya di TV 3 suku atau Utusan Meloya, Berahim alkataki ini kalau bercakap bagai `hali-lintar', maklumlah beliau selalu memegang keris panjang dan songkok tinggi. Sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, Berahim al-kataki umpama `Pendekar Mustar' di dalam filem `Pendekar Bujang Lapok'. Hebat, garang dan bergaya lagaknya. Waktu itu, beliau beri amaran kepada BERSIH agar bersedia untuk berdepan dengan Perkosa jika BERSIH tetap ingin berhimpun.

Apabila tiba masanya, batang hidung raja katak ini langsung tidak kelihatan. Tertipu lagi budak-budak dan orang-orang tua di dalam Perkosa. Perkosa entah ke mana, kumpulan Silat di bawah Omar Din pun ghaib ke mana.

Video : MB Tunggu Keputusan PAS Untuk Ganti Hasan Ali



KLANG, 10 JAN : Kerajaan Negeri masih menunggu keputusan PAS berhubung calon untuk dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat dari parti itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selaku anggota parti gabungan Pakatan Rakyat (PR), pihaknya menghormati keputusan dibuat PAS berhubung pemecatan itu dan pelantikan ke jawatan Exco perlu dilakukan kerana Dr Hasan kini bukan lagi mewakili PAS.

"Boleh jadi hari ini kita akan menerima beberapa keputusan yang dibuat oleh pihak PAS," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Seminar Kelestarian Pemuliharaan Sumber Air Dan Memperkasakan Pemakaian Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 di sini hari ini.

Selaku Menteri Besar, beliau akan meneliti nama calon dicadangkan dan membuat keputusan selepas persetujuan dicapai dan mengemukakannya kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan.

Katanya, sebagai seorang yang tidak lagi mewakili sebarang parti, Dr Hasan sebagai 'gentlemen' perlu meletak jawatan kerana pelantikannya adalah berdasarkan kapasiti PAS.

"Sebagai Menteri Besar yang mewakili Pakatan Rakyat sudah tentulah saya hanya menerima mereka yang diterima dan dilantik atau dicadangkan oleh parti tersebut. Ini berlaku bukan saja untuk Pakatan Rakyat tetapi Barisan Nasional pun berlaku contohnya terjadi perubahan dari segi (pelantikan) Presiden MCA dan MIC.

"PAS telah meminta beliau meninggalkan parti dan itu keputusan telah dibuat. Jadi kalau itu berlaku kalau orang disuruh meninggalkan parti maka dia tidak mewakili partilah," katanya.

Abdul Khalid juga berkata, isu menggantikan Dr Hasan sebagai Exco juga tiada kaitan dengan prestasinya kerana dia dipecat oleh PAS.TVS

Terkini : Kenyataan DS Anwar Ibrahim Dari Mumbai, India

SHAH ALAM, 10 JAN: Selepas diumumkan bebas dari pertuduhan yang disabitkan berhubung konspirasi fitnah 2 oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail bergegas untuk ke Mumbai, India.

Ramai yang terkejut dengan dengan keberangkatan beliau tersebut termasuk dikalangan media tempatan.

Berikut adalah kenyataan penuh Anwar yang baru diterima.

KENYATAAN MEDIA 10 JANUARI 2012

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media UMNO, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.Pautan

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,

ANWAR IBRAHIM

Pakatan Rakyat kecam penggantungan Adam Adli

PETALING JAYA: Penggantungan sesi pelajaran pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim rata-rata dikecam oleh komponen parti Pakatan Rakyat.Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merangkap ahli Parlimen Lembah Pantai mengkritik tindakan UPSI  sebagai tindakan membudayakan ketakutan di kalangan golongan muda.

“Tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka.

“Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.

Beliau berkata begitu di dalam satu kenyataan media berkaitan penggantungan sesi pendidikan Adam selama 18 bulan oleh UPSI.Adam merupakan tokoh pelajar yang menurunkankan bendera potret presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika protes mahasiswa menuntut kebebasan akademik.

Merendahkan maruah UPSI

Nurul turut menuduh jawatankuasa disiplin universiti tersebut merendahkan maruah UPSI dengan mengenakan hukuman berat kepada Adam.

Video : Tok Guru Nik Aziz Mengulas Pemecatan Dr Hasan Ali



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan memecat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kelmarin adalah perkara lumrah dalam parti dan tiada parti yang akan berdiam diri jika ahlinya bertindak ‘tidak senonoh’.

“Tidak ada parti dalam dunia ini yang tidak memecat ahlinya yang tidak senonoh. Benda ni perkara biasa, laki bini lagikan bercerai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, semalam.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan ini berkata, Hasan yang juga Adun Gombak dan Exco Kerajaan Selangor boleh kemuka rayuan sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.

Perlembagaan Pas membolehkan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Setiausaha Agung dan ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.Keputusan memecat Hasan dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemecatan itu dibuat berda-sarkan Fasa 82(9) perlembagaan parti ke-ra­na dilihat tindakan Hasan merugikan kepentingan parti.

Hasan mengambil pendirian bercanggah dengan parti termasuk mempersoalkan konsep Negara Kebajikan yang diperkenalkan Pas, menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam serta yang terbaru, mempersoalkan kewajaran penyokong Pas hadir pada Perhimpunan 901.SH

Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa ?

Kain rentang Pakatan Rakyat jadi mangsa di Seberang Temerloh

TEMERLOH, 10 Jan: Mungkin kerana marah dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, banner yang memaparkan janji Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang menjadi mangsa.

Banner atau kain rentang yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Gambar conteng ini dipaparkan oleh blog selamatkanpahang.

Dalam banner itu, Pakatan Rakyat menjanjikan harga minyak diturunkan serta merta manakala elaun guru dinaikkan RM500.

Jenerasi kedua Felda pula ditawarkan menjadi peneroka untuk tanah Felda Plantation yang hendak dicagarkan oleh Felda untuk Felda Global Venture Berhad (FGVB).Turut ditawarkan menjadi peneroka atas tanah itu adalah pesara tentera.

Namun, mereka yang tidak berpuashati telah menconteng janji ini dengan dakwat merah dan hitam.Mereka menulis perkataan "Tipu" di atas banner itu.Hrkh

Video : Tok Guru Nik Aziz Mengulas Pembebasan DS Anwar Dari Tuduhan Meliwat




Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

“Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat ‘syukur’ malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi,” ujarnya

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....