KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur
majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu
lalu.
Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".
Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC)
terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".
Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal bulan ini.
Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.
Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu.Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas
kandungan dibawa Charlie
Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua
halaman penuh.Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis
sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East
Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa.
Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang
kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif
dengan memuji idea tersebut.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan