KUALA LUMPUR, 26 Sept — PAS menyerahkan memorandum bantahan
berkenaan penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad kepada wakil
kedutaan Perancis pagi ini.
Karikatur menghina menghina Muhammad dengan gambar bogel itu telah diterbitkan dalam satu majalah mingguan di Perancis, Charlie Hebdo.
Timbalan
presiden PAS Mohamad Sabu serta dua wakil lajnah antarabangsa telah
dibenarkan masuk dan menemui wakil kedutaan iaitu Francois-Xavier
Reymond (timbalan ketua misi) dan Damien Syed (setiausaha pertama).
Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, menyatakan pihaknya
telah menerangkan kepada wakil kedutaan mengenai pendirian mereka ke
atas penghinaan tersebut dan menggesa kerajaan Perancis mengambil
tindakan ke atas pihak terbabit.
“Eropah tidak menghormati umat Islam, bagaimana mereka mahu umat Islam hormati mereka?“Kami meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan karikatur tersebut dan
gesan tindakan diambil ke atas pihak tersebut,” kata Mat Sabu.
Mohamad juga menyuarakan kebimbangan akan lahir lebih banyak
ekstremis sekiranya negara Eropah dan Amerika Syarikat tidak bertindak
pantas menangani isu penghinaan ini.
“Jika mereka membenarkan penghinaan sebegini berlanjutan, saya rasa
perkara ini akan lesen kepada ekstremis untuk muncul dan mencetuskan
keganasan.
“Kita sudah lihat apa yang berlaku di Libya, Pakistan dan di negara
Islam lain. Apabila orang muslim hilang sabar inilah akibatnya dan ia
boleh berlaku di mana-mana saja,” katanya.
Menurut Mohamad lagi, rakyat di Malaysia menghormati kebebasan
bersuara dan kebebasan beragama tetapi kebebasan tersebut tidak harus
sampai ke peringkat menghina agama yang dianuti orang lain.
Minggu lalu, ribuan umat Islam membanjiri Kuala Lumpur, mengenepikan
perbezaan ideologi politik mereka demi membantah filem “Innocence of
Islam” yang menghina Nabi Muhammad S.A.W sepertimana berlaku
dinegara-negara lain.
Bantahan ke atas filem kontorversi tersebut, yang menyebabkan
kematian duta besar Amerika Syarikat ke Libya, Christopher Stevens dan
tiga orang lagi warga Amerika ketika di konsulat AS di Benghazi.
Filem selama 13 minit dalam bahasa Inggeris itu menghina Nabi
Muhammad telah diterbitkan oleh seorang individu menggunakan nama
samaran “Sam Bacile”, difilemkan di California dan disiarkan di Internet
dengan pelbagai tajuk termasuk “Innocence of Muslims”.
Klip filem tersebut sudah diposkan di YouTube sejak Julai.Bagi umat Islam, sebarang gambaran tentang nabi adalah berdosa.Sebelum ini, karikatur nabi yang disiarkan di Denmark telah menyebabkan protes di seluruh dunia.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan