KUALA LUMPUR, 25 Sept — Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui
syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana
mereka hanya menjalankan urusan perniagaan.
Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia
adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang
dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.
“Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi.“Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star.
Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga
pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi
Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.
Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn
Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.
Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama
beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke
Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.
Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter naib
presiden PKR Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki
Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota
Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.
Malah, kehadiran Anwar ke Labuan juga turut menyaksikan kemasukan
bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR.TMI
2 ulasan:
masing-masing ada pilihan- nak yang lama yang baru semua boleh. pilihlah
Dah tu....nak naik ape ke Labuan? nak naik sampannn?Ikut suka dia la nak nain ape pon!
Catat Ulasan