KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.
"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.
Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.
Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.

Padahal semua bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu
menyalah beliau (Dr Mahathir) sebagai punca segala masalah yang melanda
Umno sekarang.
"Najib gunakan RTM untuk menemubual Dr Mahathir yang diketahui umum
akan menyalahkan Pak Lah seorang sahaja atas semua perkara buruk yang
berlaku ke atas Umno dan pemerintahan negara yang diterajui Umno.
"Semua
orang boleh agak, kalau temubual Dr Mahathir dia akan belasah mangsa
kegemarannya iaitu Pak Lah dan Najib gunakan apa yang diketahui umum itu
untuk cuba mengelakkan dirinya dari dipersalahkan atas pelbagai kemelut
yang melanda negara ini kini," kata Mahfuz.
Beliau berkata, Najib amat silap jika beliau menyangka rakyat tidak sakit hati dengan kegagalannya memerintah negara ini.
"Kalau
Pak Lah hanya tahu mengumumkan koridor demi koridor, Najib pula hanya
tahu sebut perkataan transformasi dan selepas itu tidak tahu apa-apa
untuk memanfaatkan rakyat.
"Transformasi hanyalah gelembong kosong tanpa isi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Malah, kata Mahfuz, Najib menjadi lebih buruk di sisi rakyat apabila dilihat gunakan RTM untuk tikam kawan.
"Seperti
yang didedahkan oleh seorang bekas wartawan kanan Utusan, semua orang
tahu agenda media ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang diketuai Najib.
"Sebab
itulah Najib dilihat memberi laluan supaya RTM boleh digunakan untuk
tikam kawan sendiri demi menyelamatkan imejnya," kata Mahfuz.
Oleh
kerana dalam temubual itu Dr Mahathir menyatakan keyakinannya Umno akan
menang besar jika tidak berlaku cah keting, Mahfuz menyifatkan Dr
Mahathirlah contoh agung perbuatan cah keting dalam Umno.
"Politik
tikam kawan yang menjadi amalan Dr Mahathir seperti yang ditunjukkan
dalam temubual itu menjadikan beliau sebagai contoh agung dan model
utama perbuatan cah keting yang akan jadi ikutan dan amalan ahli-ahli
Umno terutama menjelang pilihan raya umum ini," kata beliau.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan