DATUK SERI LAJIM UKIN( gambar ) sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia
politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat
negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri
Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat
kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas
Putrajaya.
Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan
kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ
JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.
Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?
Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.
Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?
Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?
Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.
Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?
Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri,
tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya
kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal
perpaduan dalam parti.
Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak
calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh
saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah
Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua
Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang
tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya
tidak bertanding.
Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua
Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu
saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada
pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin
yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang.
Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.
Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.
Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.
Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.
Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya
menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan.
Namun masalah air tetap berlaku
Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh,
tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima
pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya
pembangunan dibawa ke kawasan ini.
Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?
Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?
Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir
di kawasan saya. Beaufort adalah daerah yang terkenal sejak setengah
abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara
ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang
diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.
Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat.
Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga
hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan
saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan
melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.
Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih
perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau
persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.
Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu
dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu
masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang
kepada mereka.
Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang.
Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai
pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah
bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff Yaakob sedangkan
beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan
dengannya.
Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu
menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa
kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show. Beliau sering
bertindak secara sendirian.
Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman
Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli
lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak
sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.
Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap juga dicantas. Kenapa ia berlaku?
Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda
Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.
Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004
sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya
kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah
Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.
Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih
dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa
lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon BN. Saya menjadi mangsa.
Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah
menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya
tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak
menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti
masih memilih saya menjadi calon.
Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?
Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?
Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan
untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi
saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS)
dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.
Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin,
masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari
kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.
Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua
Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada
ketika itu jatuh merudum.
Datuk menyebut bahawa Datuk adalah calon winnable candidate, adakah Datuk Seri Najib Tun Razak ada berkata sesuatu semasa Datuk mahu letak jawatan?
Perdana Menteri minta saya bersabar, tetapi saya ada alasan yang baik
diberikan kepada Perdana Menteri. Saya berjumpa dengan Perdana Menteri
pada 20 Disember 2011, saya letak jatawan pada 29 Julai 2012. Maknanya
saya sudah bersabar untuk lapan bulan.
Maknanya laporan yang saya hantarkan kepadanya langsung tidak mendapat
apa-apa tindakan. Saya juga amat malu sebagai seorang Ahli Majlis
Tertinggi Umno dan salah seorang dipertanggungjawabkan memantau keadaan
di Sabah. Laporan yang saya hantar langsung tidak diterima walaupun saya
memberikan fakta. Jadi untuk apa saya tunggu lagi?
Bila agaknya masa pemimpin Sabah yang lain dijangka keluar dari BN?
Kemungkinan besar selepas Parlimen dibubarkan dan pemimpin ini tidak
dicalonkan, kerana sebahagian besar dari pemimpin ini adalah winnable
candidate.
Sekiranya ada perubahan yang dibuat Umno, adakah Datuk akan kembali semula kepada parti itu?
Bagi saya sukar bagi Najib untuk mengubah Umno buat masa ini, jika
beliau cuba untuk mengubah Umno, saya yakin keadaan akan menjadi lebih
kecoh. Dalam keadaan PRU13 hampir sekarang, tidak akan ada perubahan
besar berlaku.
Mungkin selepas PRU13 nanti barulah ada perubahan. Bagi saya, jika saya
gagal dalam perjuangan saya, sekurang-kurangnya saya memberi landasan
kepada rakyat untuk berfikir sama ada mereka mahu 20 peratus atau lima
peratus royalti minyak? Mahu wilayah autonomi atau tidak.
Selepas PRU13, faktor yang memungkinkan Datuk kembali kepada Umno?
Dalam politik apa-apa pun boleh terjadi, saya tidak mahu meramal awal
dari sekarang. Jika ekonomi negara, kita boleh ramal tetapi politik...
tidak.
Bagaimana Datuk melihat politik sekarang dan masa depan politik Umno dan BN pada PRU13?
Bagi saya, untuk PRU13, agak sukar bagi BN untuk menang di Semenanjung,
mereka cuma mengharapkan calon-calon di Sabah dan Sarawak boleh menang.
Jika PR boleh dapat 20 Parlimen di Sabah dan 20 Parlimen di Sarawak,
maka BN akan tumbang pada PRU13.
Bagaimana reaksi rakyat Sabah mengenai NGO Pakatan Perikatan Sabah yang ditubuhkan Datuk?
Setakat ini reaksi yang saya dapat cukup baik. Di luar jangkaan saya.
Apakah kelebihan PR di mata Datuk?
Dalam PR, mereka ada dasar yang boleh menyelesaikan masalah rakyat,
sebagai contoh mengenai royalti minyak 20 peratus. Katakan setiap tahun
Sabah akan memperoleh RM6 bilion dari hasil minyak keseluruhan RM30
bilion di Sabah.
Untuk bajet negeri, RM4 bilion digunakan, maknanya dari hasil minyak
sahaja Sabah ada lebihan bajet sebanyak RM2 bilion. Hasil ini tidak
masuk dengan hasil negeri lain sebanyak RM4 bilion.Maka hasil negeri dan royalti minyak ada RM10 bilion.
Dari lebihan ini, maka gaji boleh ditingkatkan dan boleh memajukan
infrastruktur seluruh negeri Sabah. Selain itu, air percuma juga boleh
diberikan dan pelbagai insentif lain. Dengan bajet ini, bagi saya tiga
tahun sahaja, maka macam-macam perubahan yang boleh saya buat.
Adakah Datuk akan bertanding di kawasan Dun atau Parlimen?
Itu belum tentu lagi, Mungkin saya boleh bertanding di kedua-dua
peringkat. Tetapi, apa yang penting, saya tidak boleh tamak kerana orang
yang tamak selalu rugi.
Bagi saya yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam Kabinet Sabah, Insya-ALLAH saya boleh lakukan perubahan di negeri ini.
Adakah Datuk pernah berasa kesal kerana keluar dari Umno dan BN?
Tidak, kerana saya membuat keputusan ini sebab semangat rakyat yang
berkobar-kobar. Dahulu semasa saya dalam kerajaan, ketika saya
mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan, mereka yang turun hanyalah
individu yang berjawatan sahaja.
Tetapi pada hari ini, apabila saya datang semula ke kawasan-kawasan
itu, sokongan rakyat adalah lebih dari apa yang saya jangkakan. Dorongan
ini yang membuatkan saya lebih kuat untuk berjuang.
Adakah Datuk yakin BN Sabah akan tumbang pada PRU13?
Saya yakin untuk Dun, pembangkang akan menguasai sekurang-kurangnya 35 kerusi dan sekali gus BN Sabah tumbang.
Jika PR memperoleh Sabah, adakah Datuk calon Ketua Menteri?
Belum tahu lagi. Bagi saya apa pun peranan saya tiada masalah. Bagi saya jawatan tidak penting. Apa yang paling penting adalah rakyat.
Bagi saya, saya tiada masalah dengan kepimpinan tertinggi Umno, saya
cuma bermasalah dengan dasar parti. Perkara ini yang tidak boleh
diterjemahkan oleh Perdana Menteri.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan