KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semakin melalut
apabila melaungkan amaran kepada rakyat bahawa undi untuk pembangkang
adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.
“Maka dengan tiba-tiba pula nama George Soros melonjak dan kembali
bergema dalam kancah politik Malaysia,” kata Ketua Penerangan Dewan
Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Katanya, Mahathir kelihatan seperti panik, jiwanya seolah-olah kacau
dan merisaukan sesuatu sehingga terbawa-bawa dengan tuduhan dan amaran
seperti ini.
Yang menghairankan, ujar beliau pemimpin Umno BN lainnya kelihatan
relaks dan bersahaja menghadapi PRU13, mengapa pula Mahahtir yang
kelihatan terdesak.
Menurutnya, mungkin pengalaman sebagai pemimpin nombor satu negara
ini dapat membayangkan di fikiran Tun Dr Mahahtir bahawa BN akan
berkubur selepas PRU13 dan masa depannya juga berada dalam bahaya.
Bagi Pakatan Rakyat, katanya tuduhan tersebut tidak membawa makna
yang besar kerana PR tidak mengenali individu itu, apatah lagi hendak
berbaik dan meminta pertolongan dengannya.
“Lebih banyak tuduhan dilemparkan, semakin banyak persoalan yang
timbul, dari sumber mana Tun Dr Mahathir boleh mengaitkan George Soros
dengan PR. Apa pula kaitan agenda Yahudi yang dibawa oleh George Soros
dengan agenda rakyat yang dibawa oleh Pakatan Rakyat,” ujar Riduan dalam
satu kenyataan.
Setahu rakyat,katanya lagi yang ada bukti bergambar dan menjalin hubungan dengan George Soros adalah Tun Dr Mahathir sendiri.
“Beliau dalam suatu majlis kelihatan bergambar sambil berbual mesra
dengan individu tersebut, tetapi yang dituduh menjalin hubungan mesra
dengan individu tersebut adalah PR pula,” katanya.
Nampaknya, semakin banyak amaran dilaungkan oleh Tun, semakin kelam UMNO pada pandangan mata rakyat.
“Sebelum ini, dituduh PR sebagai ‘malaikat yang dikenali’, dan
mengaku partinya sebagai ‘syaitan yang tidak dikenali’, kini muncul pula
Soros dan kaitan dengan PR. Selepas ini apa pula amaran Tun?” katanya.
Menurutnya lagi, PR sebenarnya tidak perlu sentuhan George Soros
untuk menumbangkan Umno BN kerana sudah memiliki ramai pakar dan ahli
politik yang hebat dan tahu sepak terajang politik negara.
Malah, tambanya PR juga memiliki ramai dermawan ikhlas yang sanggup
menyumbangkan harta dan wang ringgit demi perjuangan membela rakyat.
PR juga, ujar Riduan sudah menyediakan pemimpin muda yang mampu menggalas tugas negara pada bila-bila masa diperlukan.
“Seeloknya Tun Dr Mahathir menginsafi bahawa beliau telah melewati
zaman kegemilangannya. Zaman beliau bermain politik melalui tindakan
agresif dengan tuduhan berat tanpa fakta seperti ini sudah berlalu,”
ujarnya.
Hari ini, ujar beliau rakyat sudah matang dan semakin celik maklumat
serta tahu isu sebenar, rakyat lebih kenal Pakatan Rakyat berbanding Tun
dan tahu siapa di belakang PR.
“Mungkin di dalam negara ini rakyat akan mengakui hanya Tun Dr Mahathir kenal George Soros!” katanya lagi.Hrkh
1 ulasan:
biar dia bercakap lagi dia larat
dengan izin Allah sampai masa diamlah dia.
Catat Ulasan