Tersebar luas di blog blog pro Umno kononnya Tim. Presiden Pas Hj Mat Sabu Dipukul di Pulau Pinang.Disini aku sertakan kisah sebenar kejadian yang dipetik dari Harakahdaily :
GEORGETOWN: "Macamana boleh timbul cerita Timbalan
Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di
Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk
mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng
supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."
(Gambar Kiri : Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya
dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu
dijadikan gambar sokongan)
Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran
laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.
Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.
Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.
Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.

"Saya
lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa
langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan
bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di
kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya
peraturan baru.
"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya.
Setelah
suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah
Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku
apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan
memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri
supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk
selama-lamanya.
Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang
diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga
Melayu yang mencari rezeki di situ.
Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.
"Blog
pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di
mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan
malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di
sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim
salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.
Sebelum
ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd
Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP
merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN)
berkuasa.
Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah
mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu
lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk
tempatan.
Tambahan lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan
kecil menimbulkan runggutan daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada
berhampiran yang dikenakan sewa oleh MPPP.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan