Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa
blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di
sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan
umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.
Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid
Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis
kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.
Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan
di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta,
Kuala Lumpur.
"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya
menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad,"
katanya dalam satu kiriman blog semalam.
Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.
Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.
Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar
berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti
pembangkang berhubung gambar tersebut.
“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad
ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas
(padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).
“Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun."
Aktivis itu turut tidak menolak kemungkinan dakwaan sedemikian timbul
ekoran dewan Istac yang kelihatan seakan-akan sebuah dewan gereja.
Katanya, pengguna internet boleh membuat carian sendiri bagi melihat
sendiri bagaimana rekaan sebenar dewan berkenaan yang telah dimanipulasi
oleh pihak tertentu.
Beliau juga memuatnaik sebuah gambar komposit membuktikan dewan itu sebenarnya bertempat di Istac dan bukannya gereja.TMI
Antara blog yang menyiarkan artikel fitnah tersebut.Lihat DISINI
5 ulasan:
salam tuan boleh add blog saya dalam blog tuan - beritapantas92.blogspot.com
Siapa yang ada dlm.gambar tu buat laporan.polis.dan saman penipu ini, ini kerja orang yang rosak jiwanya, orang yang buat kerja fitnah ni lagi teruk dari orang yang murtad
saya juga syorkan supaya org2 yg terlibat didlm gambar tersebut menyaman blogger terbabit supaya menjadi pengajaran kepada blogger2 yg lain agar tidak lagi membuatkan fitnah
Ularmak Pas pon kaki fitnah.. ape ade hal
Tiba2 dikaitkan dgn ulamak pas. Bodoh.
Catat Ulasan