Sabtu, 1 Mac 2014

Kisah Sebenar Disebalik Foto Yang Didakwa Sesi Murtad Di Gereja


Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.

Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.

Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.

Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.

Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti pembangkang berhubung gambar tersebut.

“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).

“Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun."

Aktivis itu turut tidak menolak kemungkinan dakwaan sedemikian timbul ekoran dewan Istac yang kelihatan seakan-akan sebuah dewan gereja.

Katanya, pengguna internet boleh membuat carian sendiri bagi melihat sendiri bagaimana rekaan sebenar dewan berkenaan yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga memuatnaik sebuah gambar komposit membuktikan dewan itu sebenarnya bertempat di Istac dan bukannya gereja.TMI

Antara blog yang menyiarkan artikel fitnah tersebut.Lihat DISINI

5 ulasan:

  1. salam tuan boleh add blog saya dalam blog tuan - beritapantas92.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Siapa yang ada dlm.gambar tu buat laporan.polis.dan saman penipu ini, ini kerja orang yang rosak jiwanya, orang yang buat kerja fitnah ni lagi teruk dari orang yang murtad

    BalasPadam
  3. saya juga syorkan supaya org2 yg terlibat didlm gambar tersebut menyaman blogger terbabit supaya menjadi pengajaran kepada blogger2 yg lain agar tidak lagi membuatkan fitnah

    BalasPadam
  4. Ularmak Pas pon kaki fitnah.. ape ade hal

    BalasPadam
  5. Tiba2 dikaitkan dgn ulamak pas. Bodoh.

    BalasPadam