Dalam kesibukan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
Kajang, menteri besar Selangor yang juga pengarah jentera PKR, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim, berkunjung ke Kelantan semalam dan menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) bersejarah antara dua negeri Pakatan
Rakyat itu untuk membangunkan tujuh projek usahasama.
Kerjasama itu dibuat antara Perbadanan Menteri Besar Selangor,
Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan (PKINK).
Tujuh projek itu ialah hab halal, pendidikan agama, pembangunan latihan
belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian
Islam atau al-rahnu, pembangunan rangkaian fiber serta mewujudkan pusat
pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.
Ia merupakan lawatan rasmi pertama Khalid selaku menteri besar Selangor
ke Kelantan, dan beliau turut bertemu rakan sejawatnya, Datuk Ahmad
Yakub.
Mengiringi Khalid ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal
Insan, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Kumpulan Perangsang, Raja Idris Raja
Kamarudin.
Kerjasama di antara Selangor dan Kelantan, iaitu negeri maju dengan
kedudukan kewangan kukuh dengan negeri miskin, dikira amat bermakna.Ini kerana, ia boleh membantu Kelantan melaksanakan projek untuk kepentingan rakyatnya.
Ketika di Kelantan, Khalid juga mengunjungi mursyidul am PAS yang juga
bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pusat
Pemikiran Tok Guru yang terletak di Kompleks Kota Darul Naim, Kota
Bharu.
Khalid beberapa hari lalu mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan
presiden PKR dalam pemilihan parti Mei nanti. Jawatan itu disandang
seterunya Mohamad Azmin Ali.
Sebelum ini, Khalid menandatangani MoU dengan kerajaan pusat dalam satu
majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi pengambilalihan industri air
di Selangor daripada empat pemegang konsesinya sebelumnya.
Tindakan Khalid itu menimbulkan pelbagai tanda tanya, sementara pemimpin PKR sendiri terkejut kerana tidak dimaklumkan mengenai MoU tersebut.TMI
1 ulasan:
Khalid sedang mencari 'godfather' bagi persiapkan diri mlawan Anwar Ibrahim dan Azmin. Diperingkat pusat beliau sudah''kautim' ngn Muhiddin Yassin dengan menjualkan kepentingan rakyat Selangor kepada UMNO/BN dan kini mahu 'kautim''PAS bagi mencapai sepakat dari ADUN2 Selangor.
Khalid sedang persiapkan diri bagi hadapi perang besar tidak lama lagi.
Manusia yang paling berkepentingan diri adalah Khalid. Dulu saya memang respect dia tapi sekarang dah punah segala-galanya kerana untukmkepentingan diri dia sudah ''menjual'' mrakyat Selangor.
Catat Ulasan